LAGU TERBARU NAMEWEE DIHARAM TIGA NEGARA

LAGU MENGENAI TABIAT MEROKOK ITU MASIH BOLEH DIDENGAR DI FACEBOOK
Penghibur kontroversi Namewee menyeru peminat menggunakan internet sebagai platform untuk menikmati hasil karya beliau


PENYANYI rap kontroversi Namewee mendakwa lagu terbarunya, Ain't A Cigarette telah diharamkan sekurang-kurangnya di tiga buah negara.

Dalam hantaran di Facebook page semalam, Rabu 30 Oktober 2019, penggiat filem, pelakon dan penyanyi rap kelahiran Muar, Johor ini menulis bahawa Malaysia telah mengharamkan lagu ini untuk siaran radio, manakala Taiwan pula mencegah siaran di KTV.

Singapura mengharamkan lagu ini untuk semua platform.

"Saya hanya boleh berkata bahawa internet adalah platform terbaik untuk orang kreatif seperti saya yang membenarkan saya berkongsi karya bukan arus perdana."

"Jika ada orang merasa kurang senang, tontonlah talivisyen, radio dan KTV. Ada banyak karya seni di situ yang anda boleh dengar dengan tenang dan tonton dengan yakin," tambahnya.

Kata Namewee, setiap kerja seni dan konsep mempunyai "kuasa luahan".

"Jika anda tidak bersetuju dengan sesuatu perkara, anda tidak boleh menghalang orang lain meluahkan pandangan mereka dan menghasilkan kerja mereka," katanya.

Terdahulu, dalam satu hantaran pin, Namewee mendedikasi lagu itu kepada semua penghisap rokok dan Kerajaan Malaysia.

"Sebenarnya, saya tidak memahami standard yang digunakan pihak berkuasa untuk mengharamkan lagu ini."



oleh Fauzi Kadir  ° Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!