52 TERIMA BANTUAN DARI MP JOHOR BAHRU

BERITA SETEMPAT KAWASAN PARLIMEN JOHOR BAHRU
Akmal Nasir sampaikan bantuan wang tunai kepada 52 pemohon sekitar kawasan parlimen Johor Bahru

Akmal Nasir, ahli parlimen Johor Bahru

AHLI Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir, hari ini, Jumaat 20 September 2019, menyampaikan bantuan wang tunai kepada 52 pemohon dari kawasan parlimen tersebut.

Majlis penyampaian itu diadakan sejurus selepas solat Jumaat di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru di Taman Larkin Idaman di sini.

Akmal Nasir juga merupakan Ketua Angkatan Muda PKR Malaysia dan pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC-Public Accounts Committee) di parlimen Malaysia.


Beliau yang terkenal dengan sifat semulajadi prihatin terhadap kebajikan rakyat, sebelum ini dilihat melawat mangsa kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru di tempat kejadian pada Selasa 17 September 2019.

Menurut seorang pegawai wanita pusat khidmat rakyat yang ditemui selepas majlis, 22 orang yang menerima bantuan sebanyak RM500 setiap seorang adalah bagi pelajar lepasan SPM/STPM yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi, samada awam atau swasta.

Manakala 30 orang lagi penerima terdiri dari keluarga golongan berpendapatan rendah, masing-masing menerima RM300 bagi setiap isi rumah.

Kedua-dua jenis pembayaran tersebut dibuat secara one-off, menurut pegawai wanita itu yang agak keberatan identitinya didedahkan.

Ditanya mengenai jumlah penerima yang tidak ramai, serta majoritinya di kalangan orang-orang Melayu, beliau tidak menolak kemungkinan kebanyakan penduduk Johor Bahru tidak berminat atau tidak mengetahui mengenai kemudahan khidmat rakyat yang disediakan.

Beliau juga menambah pusat khidmat rakyat ini sedang merancang program bantuan bahan-bahan makanan kepada orang ramai yang memerlukan, akan dilaksanakan pada masa terdekat.

Major Azman Hamzah Al Rashid (Bersara)
Pegawai Tugas-Tugas Khas,
Pusat Khidmat Rakyat, Parlimen Johor Bahru

Sementara itu, Major (Bersara) Azman Hamzah Al Rashid, pegawai tugas-tugas khas di pejabat ahli parlimen Johor Bahru, turut hadir menyelaras majlis penyampaian bantuan tersebut. Beliau kelihatan beramah mesra dengan orang ramai selepas majlis berakhir.

Mengenai pusat khidmat rakyat dan pejabat ahli parlimen Johor Bahru, Permadu Malaysia telah menerima maklum balas positif dari orang ramai yang kebanyakannya berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan, terutama dari segi sikap sopan santun dan mesra rakyat di kalangan kakitangan.



oleh Fauzi Kadir  ° Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Harmony Bersepadu
hubungi kami +60 11 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments


  1. ayo daftarkan diri anda di AJOQQ :D
    menangkan jackpot dengan sebanyak-banyaknya :D

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri