PEMERGIAN DAHLAN KEHILANGAN BESAR - AGONG

Berita Kematian Seorang Biduan
Yang di-Pertuan Agong beri penghormatan terakhir kepada Dahlan Zainuddin


YANG DI-PERTUAN AGONG Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah hari ini bertitah baginda secara peribadi berpandangan pemergian penyanyi, penghibur dan pelakon veteran Dahlan Zainuddin merupakan satu kehilangan besar kepada negara.


"Allahyarham Dahlan seorang yang baik dan terkenal dengan sifatnya  yang merendah diri. Beliau juga banyak memberi contoh kepada masyarakat untuk diteladani.


"Saya harap penggiat seni tempatan lain akan mencontohi kebaikannya untuk terus menaikkan karya seni," titah baginda.


Al Sultan Abdullah yang memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Dahlan Zainuddin turut mengerjakan solat jenazah di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, di Kuala Lumpur kira-kira jam 9.30 pagi tadi.


Baginda juga berkata sudah lama mengenali Dahlan sejak zaman muda dan beliau sering diundang untuk menyanyi di acara-acara rasmi di Pahang.


Baginda juga sangat meminati lagu popular Kisah Seorang Biduan nyanyian Allahyarham Dahlan Zainuddin.


Selepas empat hari koma, penyanyi yang pernah mendapat jolokan superstar itu meninggal dunia pada jam 9.48 malam tadi di Hospital Selayang. Allahyarham Dahlan Zainuddin berusia 78 tahun.


Allahyarham meninggalkan seorang balu, penyanyi Effa Rizan dan tiga orang anak hasil perkongsian hidup mereka.





oleh Fauzi Kadir  ° Permadu Malaysia
● 2019 Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +60 11 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country