NAZIFUDDIN NAJIB NIKAH FITRI APRIANSARÌ

Berita Perkahwinan Bahasa Melayu
Anak lelaki Najib nikah tokoh politik wanita muda popular Indonesia, menurut laporan

Najib Razak (kiri) dan Nazifuddin Najib

ANAK lelaki mantan perdana menteri Malaysia Mohd Najib Abdul Razak, hasil perkongsian hidup dengan isteri pertamanya, Tengku Zainah Tengku Eskandar, telah bernikah dengan seorang tokoh politik wanita muda yang sedang meningkat popular Indonesia, demikian menurut laporan sebuah laman web politik terkemuka, realpolitikasia hari ini, Sabtu 11 Mei 2019.

Mohd Nazifuddin Mohd Najib dilaporkan berkahwin dengan Fitri Apriansari Utami, 25, di Jakarta, Indonesia pada Sabtu 4 Mei 2019.

Fitri Apriansari Utami
...dilaporkan sudah menjadi isteri Nazifuddin

Fitri Apriansari mempunyai kaitan kuat dengan bekas pengerusi parti Golkar dan bekas Speaker Parlimen Indonesia, Setya Novanto yang kini sedang merengkok di dalam penjara atas kesalahan rasuah, adalah anak perempuan kepada Tomy Sumardi dan Susanty Sumardi.

Spekulasi bertiup kencang perkahwinan ini ada kaitan dengan usaha terselindung Najib Razak dalam mendapatkan perlindungan politik dari dakwaan-dakwaan mahkamah di peringkat antarabangsa termasuk dari negara-negara seperti Amerika Syarikat, Luxemborg, Singapura, Switzerland dan Perancis.

Bapa Fitri, Tomy Sumardi dilaporkan menjalin hubungan sangat rapat dengan Setya Novanto.

Nazifuddin (kiri) dan Celia Chang
...dilaporkan pernah menjadi pasangan kekasih sebelum ini

Sebelum ini, Nazifuddin pernah diberitakan menjalin hubungan cinta dengan aktres terkenal Taiwan, Celia Chang.

Bagaimanapun, Permadu Malaysia tidak dapat mengesahkan berita perkahwinan ini.



oleh Fauzi Kadir
Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara

hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com

gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country

Pahang DAP exco man awarded RM1.2mil damages over libel