TEGURAN KERAS MUHYIDDIN KEPADA SULTAN JOHOR

Berita Politik Bahasa Melayu
Teguran keras Muhyiddin Yassin kepada Sultan Johor

Muhyiddin Yassin (kanan) bercakap kepada pemberita. Di sebelah beliau (kiri) menteri besar Johor yang baharu, Dr Sahruddin Jamal.

MENTERI Dalam Negeri yang berasal dari negeri Johor hari ini, Khamis 25 April 2019, meminta Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya berhenti mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Johor, demikian menurut laporan akhbar dalam talian Malay Mail yang memetik berita tersebut dari akhbar The Star.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mesti berhenti mencampuri urusan kerajaan negeri Johor sebagai menunjukkan keikhlasan baginda yang menyeru semua pihak mengenepikan perselisihan demi kepentingan rakyat berkaitan hubungan kurang baik antara Putrajaya dan Istana Johor, menurut presiden PPBM Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur.

Sambil menghargai pesanan Sultan Johor itu, Muhyiddin berkata istana Johor mesti mengakui peranannya yang "memusuhi" Putrajaya.

"Sebagai orang Johor, sebagai menteri Kabinet persekutuan, keadaan seperti ini amat menyukarkan saya.

"Kita perlu berani. Sultan (Johor) perlu bersetuju bahawa ada perkara-perkara tertentu yang dilakukan baginda yang telah menimbulkan rasa kurang senang berkaitan urusan pentadbiran kerajaan negeri.

"Ianya mesti dihentikan. Bukan baginda tidak boleh mencampuri, tetapi campur tangan dalam menjalankan urusan pentadbiran kerajaan negeri tidak boleh diteruskan," Muhyiddin dipetik berkata.

Beliau menambah, pertikaian yang berlaku tidak bersifat peribadi, sebelum menasihatkan Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal mengadap Sultan Johor dan memaklumkan secara berterus-terang bagaimana kerajaan negeri harus ditadbir mulai sekarang.

Awal hari ini, Sultan Johor meminta semua pihak yang terlibat dalam kemelut antara Johor dan kerajaan persekutuan supaya mengenepikan segala perbezaan demi kesejahteraan rakyat.






oleh Fauzi Kadir
Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara

hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com

gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank