PH BUAT DUA SILAP BESAR, KATA NAJIB

Berita Politik Bahasa Melayu
Najib Razak garis dua kesilapan besar Pakatan Harapan yang membawa bencana kepada rakyat dan negara

Mohd Najib Abdul Razak berbual dengan pendakwah Ahmad Husam Baderdin di pentas majlis Penyatuan Ummah di Kodiang
pada 26 April 2019

MANTAN perdana menteri Mohd Najib Abdul Razak menggariskan dua kesilapan besar kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) yang membawa bencana kepada rakyat yang semakin terhimpit dan negara menjadi bertambah teruk.

Gembar-gembur hutang negara RM1 trilion

Katanya, tindakan pertama PH itu adalah menggembar-gemburkan mengenai hutang negara sebanyak RM1 trilion seterusnya menyebabkan kejutan kepada ekonomi selain mengundang kebimbangan para pelabur.


Menurut Najib, disebabkan berniat buruk iaitu menyalahkan Barisan Nasional (BN) kononnya gagal menguruskan ekonomi, mereka sanggup mengambil risiko itu sedangkan hutang sebenar negara adalah sebanyak RM686 bilion.

"Dalam pengurusan ekonomi, keyakinan (pelabur) kena jaga, jika hilang (keyakinan), pelabur akan lari bersama modal dan ekonomi akan merudum. Mereka telah tembak kaki sendiri," katanya ketika berucap dalam majlis Penyatuan Ummah di Kampung Hutan Palas, Kodiang, Kubang Pasu malam tadi, Jumaat 26 April 2019.

Majlis turut dìhadiri ketua perhubungan Umno Kedah Jamil Khir Baharom dan pendakwah Ahmad Husam Baderudin, serta ribuan orang ramai yang membanjiri lokasi ceramah tersebut.


Mencari gaduh dengan China

Ahli Parlimen Pekan yang terkenal dengan panggilan Bossku itu menambah, kesilapan kedua PH pula adalah mencari gaduh dengan China apabila memainkan persepsi kononnya Malaysia hendak dijual kepada negara tersebut.

Bagaimanapun, bekas presiden Umno itu berkata, PH menjilat balik kata-kata mereka itu apabila kembali berunding bagi melaksanakan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Projek ECRL kini lebih murah kerana tiada terowong

"Saya dah buat urusan baik dengan China, mereka batalkan konònnya terlalu mahal. Hari ini, mereka laksanakan pula kononnya dengan harga lebih murah iaitu RM44 bilion. Jumlah dahulu lebih tinggi kerana kita bina terowong tetapi menjimatkan perjalanan Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan," kata Najib.





oleh Fauzi Kadir
Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara

hubungi kami
+60 11 1185 9874

gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri