NAJIB YANG SUCI JADI MANGSA JHO LOW

Berita Dari Mahkamah Bahasa Melayu
Najib tidak bersalah, jadi mangsa konspirasi Jho Low, kata peguam Shafee

Mohd Najib Abdul Razak,
mantan perdana menteri

PEGUAM Muhammad Shafee Abdullah semalam Rabu 17 April 2019 berkata bekas perdana menteri Mohd Najib Abdul Razak sebenarnya tidak bersalah, tetapi menjadi mangsa konspirasi ahli perniagaan buruan polis Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low.

Muhammad Shafee Abdullah,
Peguam mengetuai kumpulan pembelaan Najib

"Kami tahu anak guam kami  (Najib Razak) suci (tidak bersalah), kerana dia sebenarnya menjadi mangsa konspirasi Jho Low dan konco-konconya," Shafee memberitahu para wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

"Oleh itu, berilah peluang kepadanya. Anda (pihak pendakwa) perlu buktikan dia (Najib) adalah sebahagian dari konspirasi  Jho Low itu," tambahnya.

Najib dan keluarga di Mekah

Najib kini sedang dalam perbicaraan rasuah RM42 juta melibatkan SRC International Sdn Bhd (sebelum ini milik 1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 

Semalam 17 April 2019, di mahkamah, peguam Najib meminta rekod komunikasi antara Jho Low dan pegawai AmBank Joanna Yu Ging Ping yang dirampas kumpulan penyiasat Bank Negara Malaysia.

"(Transkrip) komunikasi itu akan menunjukkan samada Najib terbabit atau tidak dalam jenayah tersebut.

Najib yang sering kelihatan mendoakan
kesejahteraan rakyat Malaysia

"Dia (Najib) telah tersesat. Dia menjadi mangsa dan (sepatutnya) bukan orang yang dituduh.

"Sebab itulah kami perlu lihat (transkrip) komunikasi itu," kata Shafee.






oleh Fauzi Kadir
Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara

hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com

gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor