HADI DUDUK DI ATAS POKOK, KATA TIMBALAN MB KELANTAN

Berita Politik Bahasa Melayu
Timbalan MB Kelantan yang sangat rapat dengan presiden PAS menyifatkan Abdul Hadi Awang berpengetahuan luas bagaikan seorang perdana menteri

Mohd Amar Nik Abdullah,
Timbalan Menteri Besar Kelantan

TIMBALAN Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah menasihati ahli dan penyokong parti PAS agar patuh dan taat kepada pemimpin termasuk presidennya, Abdul Hadi Awang.

Naib presiden PAS itu berkata Abdul Hadi sentiasa mengambil kira pelbagai sudut dalam membuat keputusan parti. 

Presiden PAS berpengetahuan luas dan punya banyak maklumat

Presiden PAS berpengetahuan luas dan mempunyai banyak maklumat yang kadang kala tidak terfikir oleh orang lain, menurut Mohd Amar.

"Bila kita duduk dengan dia bertahun-tahun dalam PAS Pusat, kita boleh faham, kita boleh nampak presiden kita ini nombor satu," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-58 PAS Kawasan Tanah Merah, Kelantan, semalam Khamis 18 April 2019.

Ahli dan penyokong parti perlu wala

Beliau berkata demikian sebagai memberi penjelasan bahawa setiap ahli dan penyokong parti perlu wala terhadap kepimpinan serta keputusan parti selagi tidak bercanggah dengan agama Islam.

"Dia (Abdul Hadi) ini betul-betul kepentingannya maslahah Islamiyah, itu nombor satu. Presiden kita pula ini maklumatnya banyak, ambo (saya) berani kata tok guru presiden maklumatnya tentang politik negara, tentang keselamatan negara dan macam-macam. Seolah-olah dia ini perdana menteri.

"Maklumat hak ada dengan dia, kita kadang-kadang hairan, bila dia cakap satu persatu. Kita tak terfikir maklumat itu ada. Itu kita kena tahu.

Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

"Kita di bawah tak tahu. Tapi ambo duduk di pusat ambo tahu. Bila duduk dalam mesyuarat, dalam perbincangan dengan dia, kita nampak," katanya.

Duduk atas tanah, duduk atas pokok

Mohd Amar yang pernah menimbulkan kontroversi kerana memiliki beberapa buah kereta mewah itu turut berkata, kedudukan antara pemimpin dan penyokong jauh berbeza terutama dalam aspek pemikiran dan pandangan ibarat seorang duduk di atas tanah berbanding pemimpin duduk di atas pokok.

"...kalau rumah kita duduk di tingkat bawah, dia duduk tingkat enam, tujuh. Mana luas pandangan antara duduk di bawah dan di atas?

"Mudah saja, kita yang duduk di bawah ini kita nampak apa yang ada di depan mata. Tapi kalau ada hutan, di sebaliknya tidak tahu ada apa. Kita nampak hutan saja, tapi bila pimpinan duduk atas, dia boleh nampak apa yang ada di sebalik hutan.

"Di situ bezanya, sebab itu kita kena taruh kepercayaan kepada pimpinan. Kita tengok hutan tapi kita tak nampak harimau, kita tak nampak orang tengah buang air. Tetapi presiden dia duduk di atas dia nampak.

Kalau presiden kata lari, terus lari

"Sebab itu kalau dia kata lari, kita jangan buat tolol persoal kenapa nak hungga (lari), dimakan harimau kita nanti. Sebab itu kalau dia kata lari, terus lari tak payah banyak soal. Selepas itu baru intai semula," kata Mohd Amar.






oleh Fauzi Kadir
Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara

hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com

gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank