PERBICARAAN NAJIB SEMAKIN RANCAK, MENDEBARKAN
Berita Mahkamah Berprofil Tinggi Bahasa Melayu RM4 bilion wang dari KWAP masuk ke akaun SRC Internationaĺ Mohd Najib Abdul Razak, mantan perdana menterì Perbicaraan kes bekas perdana menteri Mohd Najib Abdul Razak berkaitan SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masuk hari ke-11 hari ini, Selasa 30 April 2019. Suasana semakin rancak dan mendebarkan. Antara lain, saksi Wedani Senen, 45, memberitahu mahkamah jumlah keseluruhan sebanyak RM4 bilion dimasukkan ke dalam SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada 2011 dan 2012. Wedani menyatakan sejumlah RM2 bilion dimasukkan ke dalam akaun SRC International melalui empat transaksi, masing-masing RM500 juta di setiap transaksi pada 29 Ogos 2011. Menjawab pemeriksaan dari Timbalan Pendakwa Raya DPP Sulaiman Kho Kheng Fuei, Wedani berkata sistem teras perbankan memerlukan surat rasmi kerana had perbankan yang boleh dikendalikan pegawai bank berpangkat pengurus dan ke bawah adalah pa...