WAJAH-WAJAH CHRISTINE HAKIM

Berita Hiburan Bahasa Melayu
Wajah-Wajah Christine Hakim  


Christine Hakim
...seniwati Indonesia

HERLINA CHRISTINE NATALIA HAKIM atau lebih dikenali sebagai Christine Hakim adalah seorang aktres dan seniwati terkemuka Indonesia sekitar tahun 70an dan 80an.

Christine... memandang ke hadapan

Beliau pernah dinilai sebagai antara wanita tercantik di dunia.

Christine... profesional dan berdisiplin

Kini berusia 62 tahun, Christine Hakim lahir pada 25 Disember 1956, di Kampung Tungkal, Jambi, Indonesia. Beliau dibesarkan di Yokyakarta.

Asalnya Christine bercita-cita menjadi arkitek atau ahli psikologi

Pada awalnya, Christine tidak langsung berminat untuk menjadi seorang pelakon. Sebaliknya, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek atau ahli psikologi.

Di zaman remaja Christine Hakim

Namun, nama Christine Hakim melonjak pada tahun 1973 apabila muncul sebagai pelakon wanita utama dalam filem Cinta Pertama arahan tokoh perfileman terkenal Indonesia pada waktu itu, Teguh Karya.

Christine berwajah asli Asia

Sepanjang kerjaya perfilemannya, Christine Hakim telah berlakon dalam lebih dari 30 filem cereka, antaranya, Atheis (1974), Ranjang Pengantin (1974), Sesuatu Yang Indah (1977), Di Balik Kelambu (1982), Daun Di Atas Bantal (1998), Puteri Gunung Ledang (2004) dan banyak lagi.

Christine Hakim pernah menjalin hubungan rapat dengan Broery Marantika

Dalam tahun 1976, Christine muncul sebagai pelakon undangan untuk filem Malaysia, Hapuslah Air Mata Mu arahan M. Amin yang membariskan Broery Marantika dan Sharifah Aini sebagai pelakon utama.

Christine Hakim beragama Islam

Menurut sumber, penglibatan Christine dalam filem tersebut atas inisiatif Broery dan produser Sabah Film Production, Deddy M. Borhan.

Christine berkaca mata

Di samping lakonan, Christine Hakim juga merupakan seorang penerbit filem serta terkenal sebagai aktivis sosial berkaitan autisme, warisan dan kemanusiaan.

Christine Hakim di usia senja

Dalam tahun 2008, beliau dilantik kerajaan Indonesia sebagai duta muhibbah ke UNESCO untuk urusan berkaitan pendidikan.

...berasal dari Jambi






oleh Fauzi Kadir
Permadu Harmony/Permadu Malaysia
2019 Semua Hak Cipta Terpelihara

hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com

gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain




Comments

  1. Broery Pesulima Christine Hakim - Dinda Kanda
    https://www.youtube.com/watch?v=2Ek_Zq-7RGA

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Are Malay-Muslim governments since Merdeka until today damaging Malays & Malaysia?

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

NAFI KAHWINI NAJIB, NOOR HAIZA TIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN

Satu Lagi Episod Pandemik Seks Agamawan/Pendakwah

Semoga kesedihan anda terubat selepas menonton video ini

Rakyat menanti penuh debaran penampilan pertama Sultanah Kelantan

SAMY VELLU KAHWIN SENYAP-SENYAP, TERBONGKAR JUA

Zahid Hamidi's appointment as DPM in the spotlight now!

Penyandang ahli parlimen JB sumbang van jenazah kepada masjid