ELFEE NAFI NIKAH DENGAN MAC RAHAYU, ENGGAN ULAS HUBUNGAN INTIM

Berita Hiburan Bahasa Melayu
Hiburan Terkini Di Malaysia


Elfee..
penyanyi yang semakin mendapat perhatian

PENYANYI lagu terbaru Sangkar Duka yang semakin mendapat perhatian hari ini menafikan beliau baharu sahaja diijabkabulkan dengan penyanyi popular era 90an, Mac Rahayu.

Mac Rahayu
...gambar 90an di zaman kemasyhuran

Bagaimanapun, Elfee enggan mengulas lanjut mengenai hubungan intim mereka berdua.

Mac Rahayu dan Elfee
...sedang hangat bercinta

Hubungan cinta Elfee-Mac Rahayu telah menjadi bahan bualan di kalangan peminat dan ada spekulasi yang mengatakan mereka sudah bernikah baru-baru ini.

Mac Rahayu
...gambar terbaru

Dalam satu pertemuan eksklusif, Elfee menyerahkan kepada masa yang akan menentukan masa hadapan hubungan mereka, tetapi menegaskan beliau dan Mac Rahayu belum berkahwin.

Elfee dan Mac Rahayu
...sering bersama, sehati sejiwa

Mac Rahayu adalah penyanyi yang berasal dari Sarawak dan menjadi popular menerusi lagunya, Ditakdirkan Kita Bersama pada era 90an.

Elfee dan Mac Rahayu
...peminat turut mendoakan
kebahagiaan pasangan ini

Elfee pula baru melancarkan single terbaru, Sangkar Duka, lagu ciptaan Nira Aria. Setakat ini, lagu ini mendapat sambutan menggalakkan.

Elfee ketika rakaman di studio





oleh Fauzi Kadir
Permadu Harmony
Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara

hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com

gambar & sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Penjelasan Tengku Zafrul umpama Hail Amir tanya Uji Rashid

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Kes-kes bunuh diri terjun jambatan di Kelantan membimbangkan

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri