DEDDY M. BORHAN YANG SEMAKIN DILUPAKAN

Berita Hiburan Malaysia
Fakta Hiburan 70an-90an

M. Borhan dan Teh Faridah
dalam filem 'Pendekar'

DEDDY M. BORHAN adalah satu nama besar dalam sejarah pembangunan perfileman Melayu di Malaysia.

Penyelamat filem Melayu

Sesetengah penggiat seni dan pemerhati perfileman menyifatkan M. Borhan sebagai penyelamat maruah filem Melayu ketika era peralihan filem hitam putih kepada filem warna-warni di awal tahun 70an.

Sumbangan Deddy M. Borhan mendapat pengiktirafan Kerajaan Malaysia

Beliau yang berasal dari Sabah muncul di saat dunia perfileman Melayu hilang arah dan hala tuju. Pemilik syarikat Sabah Film Production ini telah menerbitkan filem-filem Melayu warna-warni secara berterusan.

Diiktiraf Kerajaan Malaysia

Deddy M. Borhan, 74 telah diiktiraf kerajaan Malaysia sebagai tokoh perfileman menerusi Finas dalam tahun 2006.

M. Borhan dan bekas isteri, Junainah M. Amin

Beliau juga berbakat besar dalam bidang seni dan pernah berlakon memegang watak dalam tiga filem terbitan Sabah Film iaitu Keluarga Si Comat, Pendekar dan Sumpah Semerah Padi.

Hero filem Pendekar

Dalam filem Pendekar arahan M. Amin, M. Borhan berlakon berpasangan dengan aktres ratu cantik Teh Faridah, dengan pelakon pembantu Aziz Jaafar dan Nor Azizah. Filem ini turut menampilkan aktor popular Indonesia, Farouk Afero. Turut menarik perhatian ialah Ibrahim Pendek yang memegang watak lawak. Filem ini diterbitkan pada tahun 1977 dan mendapat sambutan hangat.

Pelakon filem Si Gondrong dari Indonesia, Farouk Afero muncul dalam filem 'Pendekar'

Suara M. Borhan mirip P. Ramlee

Ketika majlis pra-nonton filem ini, wartawan hiburan terkenal dari Utusan Malaysia menulis bulu romanya meremang ketika adegan M. Borhan menyanyikan lagu Tangis Tak Berairmata ciptaan Ahmad Nawab dan lirik ditulis sendiri oleh M. Borhan. Wartawan itu menulis dia merasakan seolah-olah P. Ramlee hidup semula.

Adegan ini memaparkan kekecewaan M. Borhan apabila kekasihnya, Teh Faridah bertunang dengan Farouk Afero.

Farouk Afero dan Ibrahim Pendek

Ibrahim Pendek
menarik perhatian
penonton dengan
watak lawak
Di zaman kegemilangannya, Deddy M. Borhan pernah dianggap sebagai pesaing terdekat P. Ramlee kerana bakatnya dalam pelbagai bidang seni termasuk produser filem, pengarah filem, pelakon filem, penyunting filem, pelawak, penyanyi dan penulis lirik.

Seniman Agung P. Ramlee




oleh Fauzi Kadir
Permadu Harmony
Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara

hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com

gambar & sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Penjelasan Tengku Zafrul umpama Hail Amir tanya Uji Rashid

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Kes-kes bunuh diri terjun jambatan di Kelantan membimbangkan

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri