RATU ELIZABETH AKAN TURUN TAKHTA?

Ratu Elizabeth II,
...seorang wanìta sebagai raja Britain
(gambar susunan Zafiyah Hussain)

(Rencana Bahasa Melayu)

INI bukan berita baharu. Ianya dilaporkan pada 29 Oktober 2018 di peringkat antarabangsa. Namun, secara spontan ianya boleh menjadi berita baharu di Malaysia kerana keberkaitannya dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Ianya terjadi dan telah pun terjadi. Bukan sekali tetapi dua kali dalam tempoh tidak sampai seminggu.

Sultan Muhammad V,
Yang di-Pertuan Agong XV
...turun takhta pada 6 Januari 2019
(gambar susunan Zafiyah Hussain)

Satu musim yang jarang berlaku di alam raja-raja dan dewa kayangan. Mungkin juga sekadar berita angin. Hakikat sebenar telah membuktikan ada juga berita angin yang akhirnya menjadi berita betul dan cerita sebenar. Inilah raja-raja di zaman moden.

Menyebar berita angin kadang-kadang boleh diterjemahkan menjadi perbuatan memfitnah. Di sesetengah negara anda boleh didakwa melakukan jenayah terutama jika perbuatan itu boleh menimbulkan keresahan dan ketegangan serta mengancam kestabilan negara berkenaan. Anda juga berisiko menghadapi tindakan undang-undang kerana kesalahan memfitnah seseorang atau sesuatu pertubuhan.

Sultan Ahmad Shah,
Sultan Pahang V
...turun takhta pada 12 Januari 2019
(gambar susunan Zafiyah Hussain)

Anda bukan sekadar menyebar khabar angin, tetapi juga melakukan fitnah. Bukan sekadar mengaibkan seseorang, tetapi juga mengancam keselamatan dan kestabilan negara. Anda menghina, berbohong dan menyampaikan berita palsu. Maka habislah anda. Seterusnya, bersedialah menerima hukuman.

Apa yang harus dilakukan selepas sabitan dan menjalani hukuman, berita angin terbukti berita betul dan benar-benar terjadi?

Kembali kepada tajuk berita.

Menurut News Corp Australia Network, Ratu Elizabeth II akan turun takhta dalam masa tiga tahun dan menjadikan Putera Charles sebagai raja yang baharu, itulah suatu yang dinyatakan seseorang.

Baginda akan meletak jawatan pada usia 95 tahun membuka jalan kepada putera sulungnya menaiki takhta semasa hayat Ratu Elizabeth masih ada, The Sun (UK) melaporkan.

Putera Charles, putera mahkota Britain
(gambar susunan Zafiyah Hussain)

Ratu Elizabeth, 92, adalah raja pemerintah tertua dan paling lama berkhidmat sejak penobatan dan pertabalan sebagaì raja dalam tahun 1952.

Buku baharu hasil tulisan seorang pengarang diraja Robert Jobson meramalkan penyerahan takhta seawal itu, lapor Mail Online.

Clarence House, kediaman rasmi Putera Mahkota (the Prince of Wales), jawatan yang disandang Putera Charles, tidak memberi sebarang ulasan.

Bagaimanapun, tidak ramai yang mempertaruhkan Ratu Elizabeth akan meletakkan jawatan apabila tiba waktunya sekiranya baginda masih hidup.

Ratu Elizabeth menghadiri
majlis Jamuan Negara meraikan
Raja Willem-Alexander dan Ratu Maxima
dari Belanda di Istana Buckingham
pada 23 Oktober 2018.
(gambar: AFP, sumber: AFP)

Robert Jobson pada masa lalu pernah berkata: "Saya memahami baginda telah memikirkan sewajarnya terhadap perkara ini, dan percaya bahawa jika baginda masih hidup pada usia 95 tahun, baginda akan mempertimbangkan dengan serius penyerahan takhta kepada Putera Charles.

"Baginda menyedari tentang usianya dan mahu memastikan apabila tiba waktunya, peralihan kuasa diraja berjalan lancar".

Biografi itu juga mencatatkan Putera Charles terdesak untuk menangguhkan perkahwinannya dengan Puteri Diana, tetapi bimbang tindak balas dari keluarga diraja.

Buku bertajuk "Charles at Seventy: Thoughts, Hopes and Dreams" (Charles di Tujuh Puluh: Pemikiran, Harapan dan Impian) dilancarkan sempena menyambut ulang tahun kelahiran Putera Charles yang ke 70. Buku tersebut berada di pasaran sejak November, 2018.

Robert Jobson berkata Putera Charles mengetahui antaranya dan Diana tiada kesesuaian setelah mengadakan beberapa pertemuan awal.

Dalam tahun 2017, suami Ratu Elizabeth, Putera Philip bersara secara rasmi dari perkhidmatan awam atas kedudukan dan peranan sebagai suamì kepada ratu pada usia 96 tahun.

Putera Charles secara perlahan-lahan mengisi kekosongan tersebut untuk membantu bondanya.

Ratu Elizabeth dan Putera Charles
menghadiri majlis Jamuan Makan Malam
yang dihoskan ratu sempena
Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Commonwealth (CHOGM) di Istana Buckingham
pada 19 April 2018.
(gambar: Getty, sumber: Getty Images)

Beliau pernah mewakili bondanya membuat lawatan ke luar negara, iaitu Australia dan New Zealand ketika meraikan tahun Jubli Intan pemerintahan baginda.

Sebahagian dari kandungan rencana ini adalah dari penyiaran asal akhbar The Sun (UK) yang disiar semula News Corp Australia Network dengan kebenaran.




Rencana ini sebahagiannya ditulis 
oleh Fauzi Kadir.
Sebahagian lagi disunting 
oleh Fauzi Kadir 
dari News Corp Australia Network.

Permadu Malaysia/Permadu Harmony
Semua Hak Cipta Terpelihara
2019 Hak Cipta Fauzi Kadir

Hubungi Kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com

Semua gambar susunan
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!