BUDAYA BODEK BOLEH MUSNAHKAN NEGARA

Rencana Bahasa Melayu

Hishamuddin Rais, penulis bebas
(dari susunan gambar Zafiyah Hussain)

HISHAMUDDIN RAIS sekali lagi membidas budaya bodek yang sedang dan terus menular di negara ini.

Pengarah filem, penulis dan pejuang reformasi terkenal itu kali ini merujuk kepada budaya bodek di kalangan wartawan, seperti disiarkan Malaysiakini hari ini, 22 Januari 2019.

Menurut Hishamuddin, budaya bodek di kalangan wartawan boleh memusnahkan negara.

Akibat perangai membodek

"Perangai bodek inilah yang membuatkan bertan-tan pasir didakwa dijual ke Singapura walaupun dilarang. Perangai bodek inilah yang menjadikan Rosmah terkinja-kinja sebagai First Lady of Malaysia sambil merembat harta negara. Perangai bodek inilah yang membolehkan Jho Low menipu dan menyonglap duit rakyat berbilion ringgit.

Peranan Utusan Melayu

Hishamuddin menyingkap peranan penting Utusan Melayu, "...sebelum menjadi akhbar kaki bodek milik Umno telah memainkan peranan yang amat penting dalam menggaris dan melaungkan ombak merdeka kepada Bani Melayu.

"Tanpa Utusan Melayu adalah mustahil untuk Bani Melayu diberi kefahaman tentang garis politik Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang menuntut Merdeka. Atau garis perjuangan radikal Angkatan Pemuda Insaf (API) yang bersedia mengangkat senjata melawan Inggeris.

Pejabat Utusan Melayu di Jalan Utusan, off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur

"Malah para nasionalis awal Melayu semuanya berpayung di bawah Utusan atau terlibat dalam bidang kewartawanan atau penulisan.

"Wajib dirakam untuk sejarah bahawa orang yang didakwa menjadi kader bawah tanah Parti Komunis Malaya (PKM) telah mengajukan konsep Barisan Nasional dan membuat hubungan diplomatik dengan China Merah.

A Samad Ismail,
wartawan dan penulis ucapan, penasihat perdana menteri Abdul Razak Hussein

"Orang itu ialah seorang wartawan bernama Abdul Samad Ismail. Dia juga penulis ucapan dan penasihat perdana menteri Abdul Razak Hussein hingga ditahan di bawah ISA pada tahun 1976.

Beralih kiblat

Hishamuddin menambah, "Kalau dulu mereka membodek Najib. Kalau dulu mereka membodek Rosmah. Kalau dulu mereka membodek Zahid Hamidi tup tup tup pada 10 Mei 2018 mereka mula beralih kiblat.

"Kini mereka membodek Mahathir. Mula membodek Azmin Ali. Mula membodek Lim Guan Eng.

"Dalam sekelip mata mereka berubah tuan. Hakikatnya budaya bodek amat-amat tebal dalam rangka dan nafas para wartawan dan pengamal media Malaysia. Untuk saya ini amat bahaya. Pada hemat saya ini perosak agenda perubahan."

Perjuangan untuk keadilan dan kebenaran

Bagi Hishamuddin, kewartawanan adalah perjuangan untuk keadilan dan kebenaran. Sambil menyarankan wartawan memulakan budaya baharu, beliau mencadangkan soalan-soalan berikut diajukan kepada Mohamad Sabu, Maszlee Malik dan Anwar Ibrahim.

Soalan kepada Mohamad Sabu

Mohamad Sabu
Menteri
Pertahanan

"Abang Mat... kenduri kahwin anak Abang Mat baru selesai. Ini kenduri besar. Abang Mat baru saja menjadi menteri. Adakah kenduri mewah ini ditaja oleh tauke senjata?"

Soalan kepada Maszlee Malik

Maszlee
Malik,
menteri
pendidikan

"Salamualaikum ya Akhi Maszlee mana lebih penting, menghapus Akta Universiti dan mengembalikan hak pelajar untuk berpersatuan seperti tahun 1960-an dan 1970-an daripada mengubah warna kasut sekolah? Apakah ada syarikat kasut yang mencadangkan kepada saudara perubahan ini?"

Soalan kepada Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim,
MP Port Dickson

"Saudara Anwar... ketika pilihan raya kecil di Port Dickson dulu ada dilaporkan seorang kepala samseng datang menyambut saudara untuk jamuan makan malam. Apakah jamuan ini ditaja oleh kepala samseng ini? Apa hubungan saudara dengan kepala samseng ini?"

Begitulah antara yang ditulis oleh Hishamuddin Rais berkaitan budaya bodek di kalangan wartawan.

Bukan semua wartawan pembodek

Namun begitu, menganggap semua wartawan sebagai pembodek adalah tidak tepat. Masih ramai wartawan yang mempunyai pendirian jelas dan tidak tunduk dengan tekanan. Mungkin wartawan arus perdana boleh dilihat sebagai wartawan cari makan. Ada banyak portal berita elektronik di media sosial yang sukar dikawal kerajaan.

Membodek orang atasan bagaikan sesuatu yang tidak boleh dipisahkan dengan seseorang termasuk golongan profesional.

Guru dan pengusaha kantin sekolah membodek gurubesar. Menteri Besar membodek raja. CEO syarikat milik kerajaan negeri membodek menteri besar dan raja. Proksi ahli politik yang berselindung di sebalik imej ahli perniagaan membodek tuannya ahli politik tadi. Kekerapan ke tanah suci Mekah sama kerap dengan merembat harta negara melalui jalan pintas atas kemahiran membodek. Membodek demi kelangsungan hidup berprestij.

Pembodek perosak negara.




Oleh Fauzi Kadir
Permadu Malaysia/Permadu Harmony
Semua Hak Cipta Terpelihara
2019 Fauzi Kadir

Hubungi Kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com

Semua gambar susunan
Zafiyah Hussain



Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!