A Samad Said meninggal dunia
Media petang ini melaporkan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang sebelum ini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) meninggal dunia petang tadi. Allahyarham dimasukkan ke HKL petang semalam akibat sakit tua dan turut menghidap diabetes. Penyebaran berita sedih itu dibuat berdasarkan perkongsian oleh anak sulung Allahyarham, Encik Helmy Samad dalam satu hantaran di media sosial, lewat petang tadi. “6.10 (petang). “Innalillahi wainnailaihi rojiun. “Bapa baru meninggal,” katanya ringkas. A Samad atau nama penuhnya, Abdul Samad Mohamed Said, 91, adalah Sasterawan Negara keempat yang menerima pengiktirafan itu pada 1985. Sepanjang pembabitan dalam dunia sastera, tokoh yang dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka itu menghasilkan pelbagai karya yang memberi kesan besar kepada perkembangan kesusasteraan Melayu moden. Allahyarham menghasilkan pelbagai karya merangkumi novel, cerpen, puisi, drama dan esei yang mengangkat pelbagai persoalan kehidupan serta realiti mas...