Najib dibenarkan tinggal bersama isteri, anak-anak, menantu dan cucu
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri Najib dilarang berpolitik, guna media sosial Najib hanya dibenarkan tinggal bersama ahli keluarga terdekat iaitu isteri, anak-anak, menantu dan cucu Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tertakluk kepada pelbagai syarat dan sekatan ketat, sepanjang menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, termasuk larangan keluar dari premis yang diwartakan serta terlibat dalam sebarang aktiviti politik atau liputan media, demikian menurut laporan agensi berita rasmi Malaysia, Bernama . Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sekatan itu, merangkumi empat perkara yang dikepilkan bersama-sama Perintah Pengampunan Bersyarat Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 18 September selain syarat kawalan tambahan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Beliau berkata empat syarat utama Lembaga Pengampunan ialah sekatan tempat tinggal dan p...