Posts

Hari Raya Aidilfitri di Malaysia diisytihar Isnin 31 Mac 2025

Image
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada malam ini membuat pengumuman bahawa u mat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, pada Isnin 31 Mac 2025. "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 31 Mac 2025," katanya   pada satu kenyataan yang disiarkan di semua platform media di seluruh negara. Pengumuman itu dibuat selepas usaha melihat anak bulan yang dijalankan selepas waktu maghrib pada malam ini. Aktiviti mencerap anak bulan tersebut telah dijalankan di 29 lokasi di seluruh negara. Permadu Malaysia ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. End © Permadu Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang Penolong Pengarang Kwai Fong Chin  Suntingan tera...

Kemalangan ngeri di Karak Highway, balik kampung Raya

Image
Malaysiakini melaporkan sebentar tadi tiga maut manakala empat lagi - termasuk dua kanak-kanak - cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 50.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong, petang tadi. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Encik Zulfadli Zakaria berkata, dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku jam 4.55 petang itu, lapan mangsa lain terdiri pemandu dan penumpang tiga lagi kenderaan, selamat. “Sepasukan 10 anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat,” katanya dalam kenyataan. Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah lori lima tan serta empat kereta jenis Honda Accord, Proton Waja, Proton Saga dan Subaru. “Tiga mangsa menaiki Honda Accord, terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita, disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi individu dalam kenderaan sama mengalami kecederaan. “Selain itu, pemandu lori lima tan turut ...

Resit RM7 dah habis, maka golongan B40 kenalah bayar zakat fitrah RM10 satu kepala

Image
  Masalah sama bertahun-tahun di Johor setiap kali di bulan Ramadan berulang lagi tahun ini.  Tinjauan sekilas yang dilakukan Permadu Malaysia mendapati kebanyakan amil pengutip zakat sudah kehabisan resit RM7 bagi golongan B40. Suka atau tidak, terpaksalah bayar RM10 atau RM20 untuk seorang. Kalau jumlah tanggungan ada lima orang, maka bayaran menjadi RM50 berbanding RM35 jika satu resit RM7. Mungkin juga semua orang tak layak bayar RM7 sebab semua orang makan beras import dengan harga yang jauh lebih mahal. Tapi kita perlu ingat, mereka mahu makan beras tempatan yang lebih murah, malangnya kerajaan Madani gagal membekal beras tempatan di pasaran selama lebih dua tahun. End © Permadu Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang Penolong Pengarang Rahayu Mansor Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh Fauzi Kadir   KETUA PENGARANG © 2025 Permadu Harmony Bersepadu Semua Hak Cipta Terpelihara E-mel:  permadu@gmail.com DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG...

Makin ramai Tan Sri, Datuk Seri, Datuk dan sewaktu dengannya buat hal, ini yang terbaru

Image
Media melaporkan lewat semalam seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri ditahan polis petang tadi di kediamannya, sebaik pulang dari Osaka, Jepun selepas disyaki memperdaya orang ramai dengan mengambil RM10 juta. Ia kononnya untuk diserah kepada pihak polis bagi menyelesaikan kes membabitkan pengubahan wang haram. Menurut sumber, lelaki berusia 59 tahun itu yang baru pulang dari luar negara ditahan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman sebaik tiba di kediamannya di Jalan U Thant, Kuala Lumpur. "Suspek setakat ini sudah mengambil duit daripada mangsa sekitar RM10 juta, di mana sebelum itu beliau dikatakan meminta RM25 juta sambil mendakwa mempunyai kenalan rapat dengan polis dan boleh menyelesaikan kes dihadapi mereka. "Malah suspek kononnya ingin menyerahkan wang diambil itu untuk diserahkan kepada polis bagi membantu mangsa tidak dikenakan tindakan atau disiasat membabitkan kes AMLA," Harian Metro memetik sumber itu sebagai memberitahu sendir...