Takkan enam negeri sahaja, negeri lain pun hendak juga ber-open house dengan PM - Bang Nuar pilih kasihlah
Mahathir bayang sokong Muhyiddin, Hadi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penganjuran majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di enam negeri bukan suatu pembaziran, sebaliknya bertujuan untuk menyantuni rakyat. “Kerajaan di mana-mana pun akan buat (majlis rumah terbuka), bukan membazir kerana kita beri makan kepada rakyat. Bagi saya ia tidak membazir. Kalau buat atas kapasiti peribadi termasuk keluarga, wajarlah guna wang dari poket sendiri, tetapi ini (anjuran) kerajaan untuk rakyat dan (perbelanjaan) jauh lebih murah (jika) buat di Alor Setar, Kedah berbanding di Putrajaya," kata Anwar. Dalam satu perkembangan lain, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam membayangkan sokongan beliau kepada Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang. Video terbitan FMT bertarikh 28 April 2023 Menerusi hantaran di Twitter, pemimpin berusia 98 tahun itu memberitahu orang ramai supaya jangan takut kepada gelombang...