Jawapan Yang Biasa Kita Dengar Bila Dituduh Ada Skandal

Exco Kanan Melaka Anggap Dirinya Difitnah

Media melaporkan pemimpin kanan kerajaan negeri, Datuk Rais Yasin (gambar, atas) menafikan dirinya terlibat dengan skandal rasuah seks yang tular menerusi klip video dan tangkap layar WhatsApp sejak kelmarin.

Beliau yang merupakan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana turut mendedahkan, taktik kotor untuk mengganggu gugat karier politiknya itu telah mula disebarkan sejak tempoh Pemilihan UMNO 2023 lalu.

“Sebenarnya isu video ini telah tular ketika tempoh pemilihan tempoh hari tetapi saya ambil kira lebih baik fokus dengan apa yang saya lakukan setelah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka dan selaku Exco dalam kerajaan negeri baharu.

“Ini semua fitnah yang direka untuk menjatuhkan reputasi saya, ini adalah asam gara politik, saya tidak pernah beri rasuah seks kepada mana-mana individu. Seram kita tengok perbualan WhatsApp yang diada-adakan itu,” katanya.

Kosmo! memetik Rais Yasin sebagai berkata pada sidang akhbar selepas melakukan tinjauan kerosakan bumbung Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang, Melaka, hari ini.

TONTON👇VIDEO

🖕Video hiasan🖕

Tangkap layar Whatsapp itu menunjukkan perbualan seorang wanita dengan individu didakwa kononnya Exco kanan kerajaan negeri yang memberikan sejumlah wang dan berjanji membantu projek di bawah portfolionya sebagai habuan seks.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya juga sedia maklum berkenaan tindakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah seksual berkenaan.

“Banyak pihak bertanya untuk saya membuat laporan polis, sebenarnya saya (diibaratkan) orang yang dituduh mencuri rumah orang, mangsa itulah yang buat laporan.

“Laporan SPRM dibuat berhubung isu ini, kalau ada siasatan pihak berkuasa, saya akan berikan kerjasama sepenuhnya kerana memang saya tidak melakukan apa-apa seperti yang tular,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya kini sedang meneliti kejadian itu sebelum sebarang tindakan diambil termasuk saman terhadap individu yang terlibat dalam penyebaran fitnah tersebut.

TONTON👇VIDEO

🖕Kahwin Bukan Skandal🖕

Kelmarin, media turut melaporkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh, menegaskan isu skandal seks yang didakwa membabitkan seorang Exco sebagai satu fitnah.

Ab. Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata, dalam dunia siber serba moden pelbagai bentuk fitnah mudah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terutamanya dalam media sosial.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country