Zaid Ibrahim tukar pendirian ikut selera parti PAS, bukan prinsip?
Datuk Zaid Ibrahim, bekas ahli UMNO, PKR, Kita, DAP, kemudian kembali kepada UMNO; dan kini menjadi ahli PAS, semalam mengkritik tulisan ahli akademik Prof Dr Tajuddin Rasdi yang disiarkan portal berita FMT, baru-baru ini.
Kata Zaid, Tajuddin bercakap panjang lebar tentang mengapa orang Melayu akan terus menyokong parti Melayu yang korup dan pemimpin yang korup seperti Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Dengan memberi banyak alasan, Tajuddin mengakhiri artikelnya dengan mengatakan bahawa orang Melayu akan begitu sehingga kiamat. Lalu Zaid berkata dia fikir Tajuddin adalah "tentera salib".
"Saya tahu sayangnya kepada Anwar dan DAP telah mendorongnya mempersendakan orang Melayu sehingga ke tahap itu. Dia tahu jika anda mempersendakan orang Melayu, anda akan mendapat liputan publisiti yang baik. Dia bijak," kata Zaid.
Zaid yang pernah memegang jawatan menteri undang-undang di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, berkata Tajuddin pastinya tidak kehilangan pengetahuan sama sekali. Sudah tentu beliau mengenali ramai orang Melayu yang hidup sederhana dan bencikan rasuah. Bagaimana dia boleh begitu semberono?
"Mungkin sebagai seorang profesor dia berasa dirinya lebih tinggi daripada orang lain. Beliau berkata jumlah pemimpin DAP yang terlibat dalam rasuah adalah sedikit berbanding orang Melayu dalam parti lain. Mungkin beliau perlu menunggu sehingga DAP kekal berkuasa lebih lama," sindir Zaid.
Zaid berkata dia sanggup bertaruh jika lebih ramai orang Melayu menyertai DAP, atau jika DAP menang di kawasan majoriti Melayu, pandangannya tentang kesukaan dan tidak ambil berat orang Melayu terhadap rasuah pasti berbeza. Sekelip mata, orang Melayu yang sama akan menjadi terhormat seperti Tajuddin dan menentang pemimpin yang korup.
Tambah Zaid, kesemua lima alasan yang Tajuddin berikan, yang katanya menyebabkan orang Melayu suka amalan rasuah, akan hilang serta-merta.
Menurut Zaid, Tajudin tidak seharusnya mengambil jalan mudah untuk melabelkan ketertarikan orang Melayu terhadap rasuah sebagai alasan sebenar menolak DAP.
Zaid mencadangkan Tajuddin supaya melihat DAP dengan lebih teliti, kemudian bertanya: mungkinkah ketakutan orang Melayu terhadap jiwa perkauman Cina adalah alasan yang jauh lebih mendalam dan lebih kuat untuk menolak parti itu?
Zaid mengakhiri tulisannya di dalam Bahasa Inggeris di Facebook dengan berkata: "Bukannya orang Melayu bertolak ansur dengan rasuah; mereka lebih takutkan orang dalam DAP."
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment