Untuk apa Badan Peguam dan PKR minta penjelasan daripada tape recorder
PKR Negeri Sembilan menggesa Menteri Besar Datuk Ismail Lasim memberi penjelasan mengenai surat yang diutuskan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dengan mendakwa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bukan lagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Semalam, dilaporkan Badan Peguam Malaysia meminta Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim menjelaskan setiap kenyataan berubah-ubah dan bertentangan.
Sebagai contoh, Ismail Lasim mendakwa dia menandatangani proklamasi penurunan takhta dalam keadaan tertekan dan dipaksa. Justeru, Badan Peguam kemudian memintanya mendedahkan siapa yang memaksanya untuk menandatangani proklamasi itu.
Khabar angin mengatakan beliau dipaksa oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, serta beberapa pemimpin UMNO yang lain. Walaupun media Singapura ada memberi bayangan dalam laporan terhadap perkara ini, kebenaran berita itu belum dapat dibuktikan dengan kukuh sehingga hari ini.
Menteri Besar itu juga telah membuat laporan polis mengenai dirinya dipaksa itu.
Namun, selepas itu beliau jugalah orang yang mengesahkan keputusan sebulat suara Exco Negeri Sembilan berkenaan penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Menteri Besar itu juga mengumumkan arahannya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mewartakan penurunan takhta Tuanku Muhriz.
Lagi lama kita melayan dan mengikuti perkembangan krisis yang tidak berkesudahan ini, ia bukan sekadar memeningkan kepala, malah seolah-olah kita sedang menonton cerita kartun. Penonton sedang diperbodohkan.
Bagi Permadu Malaysia, meminta Ismail Lasim memberi penjelasan adalah satu kerja membuang masa. Ini kerana keadaan menunjukkan Menteri Besar itu hanyalah umpama sebuah pita rakaman, mesin bercakap bagi pihak orang, individu atau pihak lain. Tanpa segan silu sebab mesin memang tiada perasaan.
Sementara itu, portal berita Malaysiakini melaporkan PKR Negeri Sembilan menggesa Menteri Besar Datuk Ismail Lasim memberi penjelasan mengenai surat yang diutuskan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dengan mendakwa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bukan lagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Pengarah Komunikasi PKR negeri, Encik Shariman Che Deris berkata dakwaan itu, yang dibangkitkan Tuanku Muhriz ketika menegur Ismail secara terbuka semalam, memerlukan penjelasan daripada menteri besar.
"Dalam hal ini, Menteri Besar perlu memberikan penjelasan yang sewajarnya berkaitan perkara yang ditimbulkan oleh Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam Tuanku Muhriz dalam satu rakaman video selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Beting Kuala Pilah menempelak Ismail berhubung surat yang diutuskan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
https://www.facebook.com/share/v/18pBwV8TRM/
Untuk tonton video, tekan lama sikit pautan di atas, kemudian tekan Open
“Ismail Lasim telah menulis surat kepada Penyimpan Mohor Besar (Raja-Raja) baru-baru ini mengatakan keputusan yang dibuat bersama exco itu ialah sah, dan saya ini bukan lagi Yamtuan Besar Negeri Sembilan.
“Tu pasal, datang hari ni jumpa saya buat apa?
“Selagi dia tak tarik balik apa dia kata tu, jangan jumpa saya. Go away, don't see me, i don't want to see you, okay? You understand?"titah baginda dalam rakaman yang tular.
Selain itu Shariman turut meminta penjelasan Ismail mengenai tindakannya menandatangani surat proklamasi berkaitan penurunan takhta Tuanku Muhriz, selain pendirian kerajaan negeri terhadap keputusan baginda menarik perkenan terhadap 10 exco terbabit."Tindakan-tindakan yang dizahirkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan ini menampakkan kegagalan beliau dalam berurusan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ini adalah komunikasi pentadbiran yang sangat lemah," katanya.
Ismail sebelum ini mengesahkan dia menandatangani surat proklasmi penurunan takhta Tuanku Muhriz oleh Undang Yang Empat, namun kemudian mendakwa dia berbuat demikian di bawah tekanan.
Menteri Besar itu juga menegaskan bahawa dia tidak mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang menduduki takhta Yang di-Pertuan Besar.
Pertikaian itu semakin meruncing selepas proklamasi berkaitan pelantikan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar diumumkan untuk diwartakan.
Tuanku Muhriz kemudiannya menarik balik pelantikan 10 exco terbabit, namun mengekalkan Ismail sebagai Menteri Besar.
Exco terbabit kemudian mencabar tindakan berkenaan di mahkamah.
Tangguh sidang DUN
Sementara itu Shariman turut mengkritik kerajaan negeri berhubung penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang sepatutnya bermula semalam.
Katanya, penangguhan itu dibuat tanpa pemakluman sewajarnya kepada 11 ADUN pembangkang.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/04/6491b3be547a9c1d71f7d9dd1ba1f7f4.jpg)
Menurutnya, ADUN berkenaan yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, Encik Arul Kumar, telahpun bersedia dengan 10 persoalan untuk dibahaskan.
Namun katanya, sidang DUN ini tidak diambil serius oleh Menteri besar dan Adun Kerajaan dengan semudah-mudahnya ditangguhkan tanpa pemberitahuan awal.
"DUN bukan milik mana-mana individu atau parti politik. Ia merupakan institusi demokrasi yang membawa mandat rakyat,” katanya.
Justeru Shariman menggessa kerajaan negeri memberikan penjelasan rasmi mengenai penangguhan sidang DUN, termasuk sebab, tatacara dan kaedah pemakluman kepada semua ADUN.
PKR Negeri Sembilan turut meminta kerajaan negeri menghormati institusi demokrasi dan institusi diraja melalui tindakan berhemah, komunikasi bertanggungjawab dan pematuhan kepada peraturan serta perlembagaan.
"Negeri Sembilan memerlukan kepimpinan yang mampu menyelesaikan masalah, bukan membiarkan persoalan berlarutan. Rakyat berhak mendapat pentadbiran yang telus, matang dan bertanggungjawab.
"Apabila amanah dipersoalkan, penjelasan mesti diberikan. Apabila keyakinan rakyat terjejas, tindakan memulihkannya mesti bermula dengan kejujuran dan akauntabiliti," ujarnya.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment