Suara, nada percakapan Anwar mengembalikan nostalgia S Kadarisman dan Ahmad Nisfu dalam filem P Ramlee
Artikel ini tidak berhasrat untuk menyentuh isi kandungan ucapan di dalam video di bawah. Sebaliknya, ia lebih kepada penghargaan kepada persembahan pidato Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang amat menghiburkan.
https://www.facebook.com/share/v/1dQbTSEPL1/
Untuk tonton video, tekan lama pautan di atas, kemudian tekan Open
Anwar dikenali sebagai pencinta Bahasa Melayu yang wajar dihormati. Saya bagi satu contoh sahaja, nampak kecil tetapi membawa erti yang mendalam.
Contoh apa? Satu perkataan sahaja. Dulu kita guna perkataan Belanjawan. Tiba-tiba ia ditukar kepada perkataan diambil dari Bahasa Inggeris. Budget jadi Bajet. Saya tidak pasti perdana menteri yang mana satu telah menukarnya. Mungkin Tun Dr Mahathir Mohamad atau mungkin juga Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Perkataan Bajet terus digunakan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (PM6), diikuti Tun Dr Mahathir Mohamad (PM7), Tan Sri Mahiadin @ Muhyiddin Yassin (PM8) hinggalah kepada giliran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (PM9).
Alhamdulillah, Anwar (PM10) mengembalikan Belanjawan ke tempat asalnya.
Mengapa saya kata ucapan Anwar menghiburkan? Jawapannya: Suara, nada percakapan Anwar mengembalikan nostalgia S Kadarisman dan Ahmad Nisfu dalam filem P Ramlee.
Itu sahaja dari saya. Jumpa lagi.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment