Siasatan terhadap Shuhaily mengasari dua anggota polis diteruskan

Saifuddin Nasution pada Program Wacana Nasional Surah Al-Hujurat: Teras Keharmonian dan Keselamatan Negara.
Gambar NSTP oleh Noorazura Abdul Rahman

Di KULIM, Kedah, akhbar Berita Harian melaporkan hari ini bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyerahkan sepenuhnya kepada agensi berkaitan untuk menyiasat lebih lanjut berhubung dakwaan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengasari dua anggota polis.

Beliau berkata, kertas siasatan kes itu sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum dipulangkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

Katanya, kertas siasatan itu mengandungi keterangan saksi serta bukti lain yang dikumpulkan sepanjang proses siasatan dijalankan.

"Itu prosedur siasatan biasa. Pada tahap ini, tidak ada ulasan daripada pihak saya melainkan saya serahkan kepada pihak berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Wacana Nasional Surah Al-Hujurat: Teras Keharmonian dan Keselamatan Negara, di Baling, Kedah, hari ini.

Kelmarin, media melaporkan AGC memulangkan kertas siasatan berhubung insiden membabitkan Mohd Shuhaily kepada PDRM untuk siasatan lanjut.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilaporkan berkata, beberapa aspek siasatan perlu diteliti dan dilengkapkan sebelum sebarang tindakan lanjut dimuktamadkan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah pengesahan ketulenan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), selain beberapa perkara relevan lain yang berbangkit daripada siasatan.

Sementara itu, mengulas dakwaan video tular mengenai lelaki Rohingya memasuki Malaysia menggunakan pasport Bangladesh, Saifuddin enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan memberikan sebarang reaksi terhadap dakwaan yang belum disokong bukti kukuh.

"Saya tak mahu respons kepada khabar atau dakwaan. Kalau ada suatu hujah yang kuat, bukti yang terang, baru saya boleh respons.

"Tak ada dalam pengetahuan saya tentang masalah ini," katanya.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country