Should be ashamed of the court's decision, but this Jamal Yunos' nearest competitor looks proud instead
An example of wasteful news that doesn't benefit Malay community even in the slightest
Akhbar dan portal berita Harian Metro kelmarin melaporkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memohon orang ramai menghentikan sumbangan wang ke akaun bank peribadinya bagi mengelakkan beliau rasa bersalah atas kemurahan hati masyarakat.
Pesaing terdekat Datuk Seri Jamal Yunos itu turut memohon maaf kerana terpaksa menarik semula nombor akaun bank yang dikongsi dalam hantaran terdahulu.
"Saya mohon jangan masukkan lagi duit ke akaun supaya saya tidak rasa bersalah dengan semua.
"Ini kerana hampir semua yang masukkan duit dalam akaun saya bukan untuk membeli motosikal atau ikan talapia tetapi kerana ingin menyumbang kepada saya.
"Sehingga kenyataan ini dibuat saya sudah menerima RM45,102.18, saya sangat-sangat berterima kasih.
"Tetapi niat saya adalah berusaha untuk menjual aset iaitu motosikal dan ikan saya terlebih dahulu," katanya dalam menerusi perkongsian di Facebook pada Rabu, 21 Oktober 2026.
Dr Muhamad Akmal berkata, sejujurnya beliau tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak dan mengakui akan bertanggungjawab sepenuhnya.
"Tidak mengapa saya tanggung, saya hanya perlukan doa daripada anda semua sahaja.
"Jadi, kepada sesiapa yang mahu membeli motosikal jenis Honda X-ADV, saya akan berikan perincian selepas ini dan boleh terus mesej saya," katanya.
Terdahulu, media melaporkan Dr Muhamad Akmal menawarkan motosikal jenis Honda X-ADV dan ternakan ikan tilapia yang diusahakan untuk dibida penyokong dan rakan-rakan dalam usaha beliau mengumpul dana bagi membayar ganti rugi serta kos mahkamah berjumlah RM300,000.
Dr Muhamad Akmal dilapor berkata, keputusan menjual aset itu dibuat selepas mengambil kira kemampuan kewangannya, termasuk simpanan sedia ada yang belum mencukupi untuk menjelaskan jumlah berkenaan.
Beliau menghargai cadangan orang ramai untuk membuka tabung bagi membantunya mengumpul sumbangan, namun beliau memilih untuk menjual aset miliknya terlebih dahulu.
| By Fauzi Kadir Chief Editor |
Final editing and brought to you by Fauzi Kadir CHIEF EDITOR |
Visiting Permadu Malaysia is absolutely free and we operate with non-profit making objective. We hope you enjoy and feel happy visiting and reading every presentation from us.
If you have the generosity to support our operations and continuous activities of charity to those who are less fortunate, we would be grateful to accept sincere contributions from any individuals or organisations.
Contact us at permadu@gmail.com for further details and information. No obligation and no commitment.






Comments
Post a Comment