Serangan balas Ramanan agak berbisa

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, bercakap pada sidang media pada Majlis Apresiasi Perkhidmatan Warga Kementerian Sumber Manusia, hari ini. Gambar BERNAMA

Naib Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan, mendesak Datuk Seri Rafizi Ramli supaya menjawab skandal membabitkan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, khususnya berhubung isu penyalahgunaan kuasa membabitkan Yayasan Hijau Malaysia, Berita Harian melaporkan hari ini.

Berkhalwat dengan isteri orang

Ramanan berkata, isu pemimpin Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) itu bukan sahaja membabitkan kesalahan berkhalwat dengan isteri orang tetapi skopnya lebih besar kerana yayasan berkenaan adalah sebuah subsidiari di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRE).

Beliau berkata, wanita terbabit adalah pegawai kanan yayasan berkenaan dan dilantik sendiri oleh Nik Nazmi ketika masih menjadi menteri.

Salah guna kuasa

"Dana kutipan hasil daripada syarikat sendiri yang beliau (Nik Nazmi) lobi diberikan kepada yayasan berkenaan dan bukankah ini adalah salah guna kuasa, salah tadbir urus tatakelola, gross negligence (kecuaian melampau) dan tidak bermoral?

"Saya juga ingin bertanya mengenai kediaman yang menjadi lokasi kes khalwat, adakah dibeli atau disewa menggunakan hasil yayasan berkenaan? Selain itu, Yayasan Hijau ini sudah diaudit atau belum?" katanya pada sidang media sempena Majlis Apresiasi Perkhidmatan Warga Kementerian Sumber Manusia, di Kuala Lumpur hari ini.

Pakar penyiasat tapi tiada bukti

Ramanan berkata, Rafizi kononnya mahu menjadi pakar penyiasat hebat untuk bertanya banyak soalan, namun bekas Timbalan Presiden PKR itu hanya berani menggunakan nama media antarabangsa dan apabila kena saman, tidak berani mendedahkan buktinya.

"Ini bukan cara untuk berpolitik. Jika mahu berpolitik, kita berpolitik secara berprinsip dan berdisiplin.

"Nasihat saya, jagalah diri sendiri dan lihat sekeliling dahulu. Jangan gunakan orang lain dan menabur fitnah.

"Cukuplah menyeksa orang lain dan saya harap Rafizi bertaubat. Jadilah orang yang bermoral... jangan tiada integriti, tiada tatakelola, tiada akhlak dan tiada prinsip hidup. Jadilah orang yang baik," katanya.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat