Gesaan Raja-Raja Melayu Mengenai Pertikaian Takhta Negeri Sembilan

Media melaporkan hari ini Raja-Raja Melayu menggesa semua pihak yang terlibat dalam pertikaian takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan supaya mencari penyelesaian secara bermaruah melalui saluran yang sah, sambil memberi amaran agar krisis itu tidak dipolitikkan.

Dalam kenyataan pertama mereka berhubung krisis itu, Raja-Raja Melayu turut menyeru pihak luar supaya tidak mencampuri urusan berkenaan dan menegaskan bahawa penyelesaiannya perlu diserahkan kepada pihak berkepentingan serta berautoriti.

“Isu yang sedang dihadapi, jangan sama sekali dijadikan bahan politik, modal untuk meraih sokongan atau ruang untuk meningkatkan pengaruh atau medan untuk memenuhi agenda perebutan kuasa.

“Kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan kurang bertanggungjawab hanya akan mengeruhkan keadaan, meningkatkan ketegangan, mengelirukan rakyat dan mencemarkan kemuliaan institusi diraja,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad, hari ini.

Raja-Raja Melayu turut menyeru supaya sebarang perbezaan pendirian diselesaikan melalui saluran yang sah dan berwibawa, secara beradab dan beradat dalam semangat syura serta musyawarah berlandaskan undang-undang dan berpandukan peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

“Ruang perundingan perlu dimanfaatkan dengan penuh keikhlasan demi mencapai penyelesaian yang bermaruah tanpa merendah dan menghina mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu.

Mereka turut mengingatkan bahawa takhta adalah amanah yang membawa tanggungjawab besar terhadap negeri dan rakyat.

Sehubungan dengan itu, semangat kekeluargaan, keharmonian masyarakat dan usaha memuliakan institusi diraja hendaklah sentiasa dipelihara sepanjang usaha mencari penyelesaian selain mengelakkan kenyataan yang boleh mengaibkan atau tindakan yang mengeruhkan keadaan.

Menurut kenyataan itu lagi, sebarang kenyataan atau tindakan tanpa memahami adat, sejarah dan kerangka perlembagaan negeri boleh mengeruhkan keadaan serta menjejaskan keharmonian masyarakat.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-273 di Istana Negara hari ini

“Orang ramai turut diseru agar tidak menyebarkan khabar yang belum disahihkan serta tidak terpengaruh dengan naratif yang boleh memecah-belahkan masyarakat.

“Berikan ruang dan masa kepada pihak berautoriti untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah mereka dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan,” menurut kenyataan itu.

Raja-Raja Melayu turut mendoakan supaya Allah SWT melimpahi semua pihak berkaitan dengan kebijaksanaan mengatasi emosi dan muafakat mengatasi perselisihan.

“Kepentingan negeri serta kesejahteraan rakyat hendaklah menjadi keutamaan semua pihak. Kepentingan Negeri Sembilan, keharmonian rakyat dan kemuliaan institusi diraja hendaklah didahulukan.

“Dalam keadaan seperti ini, sikap terbaik ialah memelihara adab, menghormati adat, menjaga tutur kata dan tidak mencampuri urusan yang bukan bidang kita,” menurut kenyataan itu seperti dipetik Malaysiakini.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country