Penganalisis mungkin terlepas pandang peranan penting Muhyiddin dan Bersatu di sebalik kejayaan PAS menang 43 kerusi parlimen di PRU15

Penganalisis politik berpandangan PAS lebih kuat dari UMNO di Melaka 

Kebanyakan para penganalisis politik mungkin secara tidak sengaja terlepas pandang hingga mengabaikan peranan penting dan pengalaman luas bekas pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan bertindak menggunakan berbagai langkah dan strategi tertentu sebelum PAS berjaya memenangi kerusi parlimen terbanyak dalam pilihan raya umum (PRU15).

Permadu Malaysia berpandangan kejayaan PAS tidak terjadi dengan sendiri atas pengaruh dan kekuatan parti yang menggunakan jenama Islam itu semata-mata.

Sebaliknya, kepakaran Muhyiddin, termasuk teknik formula rahsia menakut-nakutkan orang Melayu bahawa Pakatan Harapan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bergabung dengan DAP akan menghancurkan Melayu dan Islam, merupakan antara faktor paling penting kejayaan PAS itu.

Namun siapa sebenarnya yang sejak sekian lama memperkudakan Melayu dan Islam, kita semua boleh fikir sendiri.

Tanpa penglibatan kelibat Muhyiddin dan Bersatu untuk membantu PAS dalam berkempen pada PRU16 nanti, tiada jaminan PAS dapat mengekalkan jumlah kerusi sedia ada. Apa lagi mencipta rekod kejayaan lebih besar.

Pengundi tidak terlalu bodoh untuk mendengar dan menerima bulat-bulat apa yang dicakapkan oleh pemimpin-pemimpin politik dari parti mana pun.

Pengundi melihat secara objektif apa yang boleh ditawarkan, apa yang telah dibuktikan dengan tindakan. Slogan, jeritan sampai serak suara dan pekikan sudah tidak laku. Rakyat sudah serik dengan tabiat cakap tak serupa bikin.

Lihat apa jadi kepada UMNO. Parti perasan seolah mereka ada 100 kerusi parlimen di Dewan Rakyat. Mereka sudah termakan umpan Anwar Ibrahim yang telah menghidangkan banyak jawatan menteri dan lain-lain jawatan seperti di GLC dan sebagainya. Sehingga UMNO lupa mereka ada 27 ahli parlimen sahaja.

Lagak macam sampai ke tahap yang bukan-bukan. Sangat kurang matang. Mungkin ada seorang dua yang punya nilai kepimpinan. Yang nampak profesional sedikit berbanding yang lain ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Johari Abdul Ghani.

Johari pernah dilaporkan mengingatkan ahli-ahli UMNO bahawa parti yang mereka sendiri panggil keramat itu, hanyalah minoriti dalam kerajaan perpaduan.

Antara yang paling teruk ialah Ketua Pemuda yang cuba menggambarkan dirinya sangat lantang. Beliau pernah dilapor media mengajak seorang ahli MKT UMNO bertumbuk kerana menuduhnya penyokong rahsia Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, seorang yang berbakat dalam bidang memegang keris. Inilah antara isu membazir dan membuang masa yang sedikit pun tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Dalam satu perkembangan berkaitan, FMT melaporkan seorang penganalisis politik berwibawa berpendapat PAS dalam kedudukan lebih kukuh daripada UMNO di Melaka dan menjangkakan parti Islam itu akan memainkan peranan lebih besar daripada sekadar menjadi rakan kongsi ‘muda’ jika kedua-dua parti membentuk pakatan.

Dr Wong Chin Huat daripada Sunway University berkata, persepsi kekuatan PAS hanya terhad di negeri kubu kuatnya di utara dan pantai timur sudah ketinggalan zaman.

Beliau merujuk keputusan PRU15 pada 2022, di mana Perikatan Nasional (PN) — yang kini diterajui PAS —memenangi jauh lebih banyak kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) di Perak dan Selangor, bahkan di Melaka.

Di Melaka, BN yang diterajui UMNO gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen pada PRU15, manakala Pakatan Harapan dan PN masing-masing memenangi tiga kerusi.

Wong berkata, keadaan ini berpunca daripada pengundi baharu yang sebahagian besarnya menyokong PN berbanding BN, sementara PH berjaya menggerakkan penyokongnya untuk keluar mengundi.

“Berdasarkan PRN Johor dan Negeri Sembilan, dua faktor ini masih relevan di Melaka: penggabungan undi BN dan PAS, serta kemerosotan sokongan terhadap PH.”

Menurutnya, BN dan ‘PAS Plus’ — merujuk parti Islam itu dan sekutu PN — boleh memenangi sehingga 24 kerusi dalam PRN Melaka, tetapi mempersoalkan jumlah kerusi yang akan diperuntukkan kepada setiap blok untuk ditandingi.

“PAS mendahului (dari segi sokongan) di 13 kerusi, termasuk kerusi Tanjung Bidara yang sebelum ini dimenangi Ketua Menteri merangkap Pengerusi UMNO negeri (Datuk Seri Ab Rauf Yusoh).

“Adakah UMNO kini lebih kuat berbanding PRN15 (memandangkan pertuduhan terkini membabitkan) Tabung Haji, Felda, tahanan rumah Najib Razak dan plot menggulingkan pemerintah Negeri Sembilan?

“Kalau UMNO berani lawan solo (di Melaka), jangan-jangan nanti PAS Plus jadi blok terbesar (di Dewan Undangan Negeri),” katanya, seperti dipetik FMT dari laporan berita Sinar Harian.

Wong menjangkakan PAS menuntut pembahagian kerusi lebih saksama serta lebih banyak wakil dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, jika pakatan mereka memenangi PRN itu. Pengundi Melaka akan keluar mengundi 14 November ini.

BN belum mengesahkan pakatan bagi PRN itu, walaupun presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa mereka telah mencapai persetujuan secara prinsip.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country