Pahang lucut hak 122 tanah milik Berjaya kerana tunggakan cukai RM70 juta

Di KUANTAN, Pahang, portal berita Pahang Media melaporkan pada Khamis, 1 Oktober 2026 bahawa sebanyak 122 hak milik di atas tanah milikan syarikat Berjaya sekitar Bukit Tinggi, Bentong dilucutkan kepada Kerajaan Negeri Pahang susulan kegagalan menjelaskan tunggakan cukai tanah berjumlah lebih RM70 juta.

Ketua Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Encik Saifullah Muhammad Ali, berkata antara lokasi terbabit adalah kuarters pekerja, dobi, taman arnab dan taman Jepun yang masing-masing berada di atas tanah kerajaan yang dilucuthak.

"Pada 28 September 2026, UPNP melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap tanah milik syarikat Berjaya Sdn Bhd di Bukit Tinggi, yang telah dilucuthak kepada Kerajaan Negeri Pahang.

"Sebanyak 122 hak milik yang dilucuthak telah disita, manakala struktur kekal yang berada atas tanah kerajaan telah dikosongkan dan dikunci, dengan pemasangan rantai dan mangga.

"Tindakan dilaksanakan selepas pihak Berjaya gagal menyelesaikan tunggakan cukai tanah sebanyak RM 70,481,097 melibatkan keseluruhan 122 hak milik, yang tertunggak seawal tahun 2020," katanya.

Beliau berkata, susulan sitaan itu, semua aktiviti di lokasi terlibat diarahkan untuk diberhentikan serta-merta dan sekiranya ingkar boleh dikenakan tindakan pendakwaan mengikut Seksyen 425, Kanun Tanah Negara (Akta 828).

Katanya, wakil Berjaya Group yang hadir di lokasi ketika operasi pihaknya, turut dimaklumkan bahawa tindakan itu dijalankan susulan penampalan dan penyerahan notis pada 9 dan 10 September lalu.

"Pentadbir Tanah Bentong mengeluarkan perintah lucuthak kepada semua 122 tanah hakmilik yang gagal dibayar cukai, dan pewartaan Notis 8a telah dilaksanakan pada Jun 2025.

"Kesemua lokasi kemudiannya dipasang rantai dan mangga bagi menghalang sebarang aktiviti atau pendudukan tanpa kebenaran di atas tanah yang telah menjadi milik Kerajaan Negeri," katanya.

Bagaimanapun, tindakan penguatkuasaan berkenaan kini tertakluk kepada arahan penangguhan yang telah dikeluarkan oleh mahkamah.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

It happens everywhere—Not only in our country

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat