Menang saman terhadap kerajaan

Seramai 50 penduduk Taman Sri Muda yang menanggung kerugian akibat banjir, baru-baru ini memenangi saman terhadap Kerajaan Persekutuan dan beberapa pihak berkuasa lain berhubung bencana itu yang melanda kawasan terbabit pada Disember 2021.

Menurut laporan Harian Metro pada 29 September 2029, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Puan Shoba Rajah Dorai Rajah (gambar, atas sekali), mendapati semua defendan bertanggungjawab sepenuhnya atas kecuaian dan kegagalan yang menyumbang kepada kerugian dialami penduduk.

Penduduk terbabit yang menyaman kerajaan dan tujuh pihak lain, mendakwa kegagalan dalam pengurusan banjir, sistem perparitan, amaran cuaca serta tindak balas bencana menyumbang kepada kerugian mereka.

Mereka menuntut ganti rugi khas berjumlah RM3,767,148.51, selain ganti rugi am dan ganti rugi teruk.

Defendan lain dalam saman itu ialah Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), menteri yang bertanggungjawab terhadap agensi berkenaan, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), menteri yang bertanggungjawab terhadap jabatan itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta kerajaan negeri.

Shoba memutuskan pihak berkuasa awam boleh dipertanggungjawabkan atas kegagalan melaksanakan tugas operasi masing-masing.

Beliau berkata, apabila sesebuah pihak berkuasa mengambil tanggungjawab terhadap pengurusan bencana, pemantauan cuaca, infrastruktur saliran atau operasi kawalan banjir, ia perlu melaksanakan tanggungjawab berkenaan dengan tahap keprihatinan dan kecekapan yang munasabah.

Beliau berkata, mahkamah mendapati NADMA dan MetMalaysia melanggar tanggungjawab operasi masing-masing.

Susulan itu, katanya, mahkamah turut memutuskan Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab terhadap kegagalan operasi kedua-dua agensi berkenaan.

Berhubung JPS Selangor, mahkamah menolak hujah bahawa jabatan itu tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan kerana jumlah hujan melebihi kapasiti reka bentuk asal infrastruktur tebatan banjir.

Shoba berkata, JPS mempunyai tanggungjawab berterusan untuk mengurus, menyelenggara dan mengendalikan infrastruktur berkenaan dengan baik selepas ia dibina dan diletakkan di bawah kawalannya.

Beliau berkata, mahkamah turut mendapati terdapat kelemahan dalam penyediaan pam sokongan selepas bekalan elektrik terputus ketika banjir berlaku.

Katanya, JPS kekal bertanggungjawab memastikan langkah kontingensi yang mencukupi tersedia jika berlaku gangguan bekalan elektrik.

"MBSA turut didapati bertanggungjawab atas kecuaian, mahkamah menolak hujah majlis itu bahawa aset utama kawalan banjir termasuk kolam takungan dan kemudahan pam, adalah di bawah JPS.

"Perkara itu tidak menghapuskan tanggungjawab MBSA untuk menyelenggara longkang dan infrastruktur berkaitan dalam bidang kuasanya," katanya.

Shoba turut mendapati kebergantungan MBSA kepada pelan pembangunan yang sudah lapuk tanpa penilaian mencukupi terhadap risiko semasa adalah kecuaian dalam perancangan dan pelanggaran tanggungjawab.

Beliau turut menolak pembelaan defendan berhubung 'act of god' atau kejadian di luar kawalan manusia.

Katanya, hujan luar biasa lebat semata-mata tidak mencukupi untuk melepaskan pihak berkuasa daripada tanggungjawab.

"Defendan perlu membuktikan kejadian itu begitu luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini sehingga tiada persediaan atau tindak balas munasabah yang boleh menghalang atau mengurangkan kerosakan.

"Mahkamah mendapati kegagalan operasi yang dibuktikan penduduk bermakna hujan lebat berkenaan tidak boleh dijadikan pembelaan sepenuhnya.

"Mahkamah turut memutuskan penduduk tidak perlu membuktikan bahawa satu kegagalan oleh mana-mana defendan menjadi punca kepada keseluruhan kerosakan," katanya.

Sebaliknya, Shoba berkata, mahkamah mendapati gabungan tindakan dan kegagalan pihak berkuasa terbabit secara material menyumbang kepada kerugian mereka.

Beliau berkata, hujan lebat juga tidak memutuskan rantaian sebab-musabab kerana kegagalan operasi itu memburukkan keadaan, melambatkan pengaliran keluar air banjir atau meningkatkan kerosakan.

Mahkamah kemudian menetapkan Selasa, 6 Oktober ini untuk pengurusan kes bagi menentukan tarikh penilaian jumlah ganti rugi.

Semua penduduk terbabit diwakili peguam Datuk Gobinath Mohanna, James Joshua Paulraj, P Taneswaran, Regine Ng dan Ahmad Badri Mustaffa.

Peguam Kanan Persekutuan, Mohammad Al-Saifi Hashim dan Liew Horng Bin mewakili Kerajaan Persekutuan, manakala Penasihat Undang-Undang negeri, Faris Shah Kamarulzaman dan peguam Norazalina Hairuddin masing-masing mewakili JPS Selangor serta MBSA.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

It happens everywhere—Not only in our country

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat