Kerajaan Anwar Ibrahim pilih bulu
Anwar dipersoal
Portal berita Malaysiakini melaporkan seorang wakil rakyat DAP hari ini membidas kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana didakwa “memilih bulu” dalam kes rasuah, sambil mempersoalkan mengapa timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi belum dituduh semula berhubung kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi.
Semasa berucap di Dewan Rakyat, Encik RSN Rayer (PH-Jelutong) berkata kerajaan tidak sepatutnya memberikan pelepasan kepada sesiapa sahaja dalam kes rasuah, tanpa mengira sama ada mereka adalah rakan sekutu atau pesaing politik.
Dia berkata perkara ini amat penting memandangkan ikrar kerajaan untuk membanteras rasuah.
“Siapa-siapa sahaja yang melakukan sesuatu kesalahan perlu dibawa ke mahkamah, diheret ke mahkamah dan dituduh dan di sini, tak kiralah sama ada beliau merupakan seorang timbalan perdana menteri ataupun ahli parlimen ataupun menteri.
“Persoalan di luar sana adalah kenapa pertuduhan terhadap YB Bagan Datuk ditarik balik? Kenapa tidak kes beliau dituduh semula? Apabila ada di kalangan di sebelah sini (pembangkang) diheret ke mahkamah sekarang.
“Kenapa kita pilih kasih, kenapa kita pilih bulu. Kenapa kita tidak mengambil tindakan terhadap YB Bagan Datuk yang terlibat dalam 47 kes rasuah?” soalnya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Bajet 2027.
Rayer turut menggesa Anwar, yang juga adalah anggota parlimen Tambun, untuk memastikan Jabatan Peguam Negara meneliti semula kes tersebut dan, jika wajar, mengheret Ahmad Zahid kembali ke mahkamah untuk dihadapkan ke perbicaraan.
“Saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan mengatakan bahawa YB Bagan Datuk telah dipanggil membela diri.
“YB Tambun perlu mengambil tindakan dan kalau boleh memastikan peguam negara menuduh semula beliau di mahkamah untuk dihadapi perbicaraan,” katanya.
Ahmad Zahid, yang merupakan timbalan perdana menteri dan presiden Umno, sebelum ini berdepan 47 pertuduhan melibatkan rasuah, pecah amanah dan pengubahan uang haram berkaitan penyelewengan dana Yayasan Akalbudi. Dia diperintahkan membela diri pada Januari 2022 selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Walau bagaimanapun, pada 4 Sept 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA), membolehkan kes itu dihentikan tanpa membebaskan Ahmad Zahid secara kekal.
Ketua pendakwa raya ketika itu, Dusuki Mokhtar, yang kini merupakan peguam negara, telah mengemukakan 11 alasan untuk memohon DNAA tersebut, termasuk keperluan untuk siasatan yang lebih komprehensif dan lengkap.
Keputusan DNAA membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan semula pertuduhan jika mereka memutuskan untuk meneruskan kes tersebut.
Keputusan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak, termasuk bekas presiden Majlis Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan, yang menyifatkannya sebagai "pembaziran dana awam".
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/02/19956caabe0862316442ccbc392a76a8.jpg)
Pada 4 Dis 2023, Badan Peguam Malaysia memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan peguam negara memohon DNAA tersebut.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagaimanapun menolak permohonan itu, tetapi Mahkamah Rayuan kemudiannya mengketepikan keputusan berkenaan pada 7 Mei.
Perkara itu kini berada di Mahkamah Persekutuan, yang telah memberikan kebenaran kepada Ahmad Zahid dan peguam negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Comments
Post a Comment