Igauan Menteri Kereta Terbang Di Ambang Kesampaian

i
🎵YANG DITUNGGU DAH TIBA🎵

Stesen talivisyen dan portal berita Astro Awani melaporkan pesawat elektrik lima tempat duduk E20 keluaran TCab Tech, yang dikenali sebagai ‘teksi terbang’, dipamerkan buat pertama kali kepada orang ramai di Malaysia menerusi pameran di IOI City Mall, Puteajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Encik Yong Kai Ping berkata pengenalan teknologi itu perlu disokong dengan bakat, rakan industri dan ekosistem yang bersedia untuk penggunaan sebenar.

Pembukaan pameran tersebut turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Sidec dengan TCab Tech bagi meneroka pengkomersialan E20 di Malaysia serta pembangunan ekosistem ekonomi altitud rendah (LAE).

“Kami mahu Selangor bersedia dengan bakat, rakan kerjasama dan ekosistem yang diperlukan apabila teknologi ini beralih daripada peringkat reka bentuk kepada penggunaan sebenar.

“Melalui MoU ini, kami akan membantu menghubungkan TCab Tech dengan rakan kerjasama dan pihak berkepentingan yang sesuai ketika syarikat itu meneroka peluang di Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat, 9 Oktober.

Majlis pertukaran dokumen MoU disaksikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bersama Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Encik Ng Sze Han.

Sebagai sebahagian daripada strategi pengembangannya di Asia Tenggara, TCab Tech turut merancang menubuhkan pusat perniagaan serantau di Selangor bagi menyokong pembangunan komersial, kerjasama tempatan dan peluasan pasaran.

Di bawah MoU berkenaan, TCab Tech akan menyumbangkan kepakaran dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan pesawat, manakala Sidec memanfaatkan rangkaian industrinya untuk memudahkan hubungan syarikat itu dengan agensi serta rakan tempatan.

Image
SIDEC E20 INSERT
Pameran Malaysian Engineers, Global Impact: TCab Tech E20 eVTOL Showcase anjuran bersama Sidec, TCab Tech dan IOI City Mall berlangsung dari 9 Oktober hingga 9 November 2026 di Symphony East 3, IOI City Mall, Putrajaya. Gambar Sidec

E20 merupakan pesawat elektrik berlepas dan mendarat secara menegak (eVTOL), dengan konfigurasi lima tempat duduk yang merangkumi seorang juruterbang dan empat penumpang, menurut spesifikasi rasmi pengeluarnya.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TCab Tech, Ng Yon Wui berkata Malaysia mempunyai asas industri serta potensi pasaran yang sesuai untuk menyokong penggunaan eVTOL.

“Ekonomi altitud rendah tidak berkembang melalui teknologi pesawat semata-mata.

“Ia memerlukan pensijilan, peraturan, infrastruktur, keupayaan industri dan penggunaan sebenar yang saling melengkapi,” katanya.

Menurutnya, kekuatan Malaysia dalam industri aeroangkasa, kejuruteraan dan tenaga mahir penerbangan menjadi antara faktor yang menyokong penerokaan pasaran tersebut.

“Malaysia sudah mempunyai kekuatan dalam pembuatan aeroangkasa, penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat, kejuruteraan serta tenaga mahir penerbangan,” katanya.

Beliau turut menyifatkan keadaan geografi Malaysia, sektor pelancongan dan permintaan terhadap hubungan pengangkutan serantau sebagai faktor yang sesuai untuk penggunaan teknologi itu.

Image
SIDEC E20 INSERT
Ketua Pegawai Eksekutif Sidec, Yong Kai Ping (kiri), dan Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif TCab Tech, Ng Yon Wui (kanan), mempamerkan dokumen MoU bagi meneroka pengkomersialan E20 di Malaysia. Gambar Sidec

TCab Tech akan meneroka penggunaan E20 bagi pelancongan, perjalanan antara bandar dan mobiliti dalam bandar, termasuk menghubungkan hab pengangkutan dengan destinasi pelancongan serta perjalanan jarak dekat antara bandar berdekatan.

E20 kini sedang melalui proses pensijilan jenis dengan Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), sementara syarikat itu menyediakan keperluan bagi kemasukan ke pasaran luar negara, termasuk Malaysia.

Di Malaysia, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut membangunkan cadangan Kerangka Ekonomi Altitud Rendah Malaysia yang merangkumi hala tuju strategik dan pelan pelaksanaan sektor berkenaan.

Kerjasama itu turut menyaksikan pelantikan Ng sebagai Penasihat Industri Sidec bagi berkongsi pandangan mengenai pembangunan sektor berteknologi tinggi di Selangor, termasuk aeroangkasa, mobiliti udara termaju dan teknologi autonomi.

Pameran Malaysian Engineers, Global Impact: TCab Tech E20 eVTOL Showcase anjuran bersama Sidec, TCab Tech dan IOI City Mall berlangsung dari 9 Oktober hingga 9 November 2026 di Symphony East 3, IOI City Mall, Putrajaya.

Orang ramai boleh mengunjungi pameran itu secara percuma dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country