Dua pihak bertentangan boleh mentafsir perlembagaan, namun mahkamah mungkin tempat terbaik penyelesaian

Dua hari lepas, Ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan (PAS) Datuk Seri Takiyuddin Hassan membangkitkan di Dewan Rakyat mengenai isu pembatalan pelantikan sepuluh Exco Negeri Sembilan atas titah Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di negeri itu.

Walaupun tidak menyatakan bantahan secara terbuka, beliau mempersembahkannya dalam bentuk kekeliruan selepas merujuk perlembagaan Negeri Sembilan.

Beliau berhujah perlembagaan negeri menyatakan bahawa seseorang Exco boleh memegang jawatan itu atas perkenan Yang Dipertuan Besar dan baginda boleh membatalkan pelantikan itu atas nasihat Menteri Besar.

Dalam konteks kemelut berlarutan di Negeri Sembilan sekarang, sepuluh Exco berkenaan dibatalkan Yang Dipertuan Besar tanpa nasihat daripada Menteri Besar.

Dari segi logik, bukan dari sudut undang-undang, sudah tentu Yang Dipertuan Besar mempunyai alasan yang munasabah mengapa baginda menitahkannya tanpa mendapat nasihat Menteri Besar.

Ini kerana, sekali lagi dari segi logik, sepuluh Exco berkenaan bersetuju untuk menurunkan takhta baginda, dan disokong pula oleh Menteri Besar sendiri. Mana mungkin Menteri Besar akan menasihatkan Yang Dipertuan Besar untuk membatalkan pelantikan sepuluh Exco itu.

Ada konflik kepentingan di pihak Menteri Besar sekiranya beliau menasihatkan Yang Dipertuan Besar untuk membatalkan pelantikan Exco. 

Video terbitan KiniTV

Walaupun alasan Menteri Besar dan Exco bahawa mereka bersetuju dengan penurunan takhta Tuanku Muhriz kerana mematuhi keputusan Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin mengikut kuasa termaktub dalam perlembagaan negeri, namun ia kelihatan tidak memenuhi syarat sepenuhnya mengikut perlembagaan.

Terdapat klausa tertentu yang mensyaratkan Tuanku Muhriz mesti disiasat secara terperinci, adil dan saksama sekiranya baginda didakwa melakukan kesalahan.

Tiada perbicaraan diadakan, tiada peluang kepada Tuanku Muhriz untuk berhujah bagi tujuan membela diri. Tiba-tiba baginda diputuskan diturunkan takhta.

Dari segi logik lagi, cubaan menurunkan takhta raja sedia ada tanpa memenuhi tuntutan perlembagaan sepenuhnya boleh dianggap menderhaka. 

Justeru, tindakan membatalkan pelantikan Exco oleh Yang Dipertuan Besar dilihat ada kemunasabahannya.


AAA

AAA 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat