Datuk Seri RR Vs Datuk Seri RR

Giliran Rafizi pula bertindak balas terhadap Ramanan

Adakah kedua-duanya pembohong bersiri?


Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli mengarahkan pasukan peguamnya memulakan proses saman terhadap Naib Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan, susulan pelbagai dakwaan yang dibuat Menteri Sumber Manusia itu terhadapnya dalam sidang media kelmarin.

Seperti dilapor portal berita Malaysiakini, bekas menteri ekonomi itu berkata beliau sudah menyerahkan rakaman video dan transkrip sidang media berkenaan kepada pasukan peguamnya untuk tindakan lanjut.

Menurut Rafizi, pasukan peguamnya berpendapat terdapat asas kukuh untuk memfailkan saman terhadap Ramanan kerana kenyataan yang dibuatnya didakwa melanggar undang-undang fitnah di negara ini.

"Sidang media itu mengesahkan bahawa R Ramanan tidak pernah mengambil tindakan mahkamah berhubung kenyataan saya yang menamakan beliau sebagai ahli parlimen PKR yang mengambil suapan RM9.5 juta untuk menyelesaikan kes mafia korporat.

"R Ramanan juga mengulangi bahawa beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang mengenai kenyataan itu, berbeza dengan cabaran beliau untuk menyaman sesiapa yang mengaitkan beliau, seperti di dalam satu sidang media terdahulu,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Rafizi berkata sidang media sama juga mengesahkan bahawa kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen minggu ini, bahawa R Ramanan telah mengambil tindakan mahkamah, adalah tidak benar.

Tindakan terhadap Anwar

Rafizi turut menyerahkan kepada ahli Parlimen untuk mempertimbangkan tindakan merujuk Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung kenyataan itu.

“Saya serahkan kepada ahli-ahli Parlimen untuk mengambil tindakan seterusnya, iaitu merujuk Perdana Menteri kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen untuk diambil tindakan kerana membuat kenyataan yang tidak benar di Parlimen,” katanya.

Dakwa Rafizi 'pembohong bersiri'

Dalam sidang media kelmarin, Ramanan menyifatkan Rafizi sebagai pembohong bersiri kerana sering mengeluarkan kenyataan tidak benar dan memutar belitkan keadaan.

Bagaimanapun Ramanan berkata dia tidak bercadang menyaman Rafizi berhubung dakwaan suapan RM9.5 juta yang dikaitkan dengan isu mafia korporat.

Katanya, apa yang paling menjengkelkannya adalah apabila Rafizi kalah saman di mahkamah, dia akan membuat kutipan awam meminta wang daripada rakyat.

"Ini yang saya tidak ambil apa-apa tindakan. Sudahlah kalah di mahkamah, dia pula buat kutipan derma meminta duit daripada rakyat untuk menolongnya daripada bankrap.

"Jadi awak mahu saya saman dia, saya saman siapa? Saya bebankan siapa? Saya bebankan rakyat kalau saya saman dia," katanya.

Ramanan turut mendakwa Rafizi menggunakan isu yang mengaitkan beberapa individu, termasuk Anwar dan bekas pembantu perdana menteri, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, untuk mengalihkan perhatian daripada dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan bekas menteri ekonomi itu dan rakan-rakannya dalam Bersama.

Mengulas dakwaan terhadapnya, Rafizi berkata tindakan undang-undang terhadap Ramanan wajar diambil kerana menteri itu didakwa terus mengelak daripada menjawab beberapa tuduhan berkaitan dirinya dan rasuah.

“Jika Ramanan enggan mengambil tindakan saman terhadap saya, akibat dari sidang media beliau semalam, ia membuka jalan untuk saya mengheret beliau ke mahkamah susulan tohmahan-tohmahan yang dibuat terhadap saya,” katanya.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat