Anwar sanggup berhujan demi Siti Nurhaliza


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai kira-kira 63,000 peminat menyaksikan persembahan biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, menerusi Konsert Tradisional Gema Bumantara di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Menurut Buletin TV3, kehadiran Anwar memeriahkan konsert yang berlangsung dalam suasana hujan, dengan beliau dilihat memakai baju hujan ketika menikmati persembahan bersama penonton lain.


Persembahan yang bermula jam 8.30 malam itu menyaksikan peminat tetap memenuhi stadium dan bertahan meskipun hujan turun sepanjang acara, sekali gus memperlihatkan sokongan mereka terhadap penyanyi tersohor berkenaan.

Siti yang menyedari kehadiran Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada Anwar kerana meluangkan masa menghadiri konsert berkenaan walaupun mempunyai jadual tugas yang padat.

“Kami berbesar hati menyambut kehadiran Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Terima kasih kerana sudi hadir memeriahkan konsert muzik tradisional terbesar saya,” katanya ketika berada di pentas selepas menyampaikan persembahan duet bersama penyanyi jemputan, Haziq Rosebi.

Anwar turut dilihat duduk bersebelahan suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, ketika menyaksikan persembahan yang mengangkat muzik tradisional dan warisan Nusantara itu.

Siti turut berseloroh mengenai hujan yang membasahi penonton, sambil menyifatkan penganjuran konsert berkenaan sebagai impian yang akhirnya berjaya direalisasikan di stadium terbesar negara.

“Walau apa pun, ini impian yang menjadi kenyataan buat saya. Saya sendiri tidak pasti bila lagi impian ini dapat direalisasikan.

“Akhirnya, ia terlaksana di sini, di stadium terbesar negara,” katanya yang disambut sorakan dan tepukan gemuruh penonton.

Konsert Gema Bumantara turut menampilkan barisan artis jemputan termasuk Noraniza Idris, Haziq Rosebi serta penyanyi Indonesia, Lesti Kejora dan King Nassar.

Menerusi persembahan selama tiga jam yang menampilkan lebih 30 lagu klasik, Siti turut mengetengahkan keunikan muzik tradisional menerusi persembahan tarian zapin, wayang kulit dan busana warisan.

Konsert itu diadakan sembilan bulan selepas Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berlangsung di lokasi sama pada 10 Januari lalu, dengan kehadiran 65,000 peminat.

Selain menjadi tanda penghargaan kepada peminat, Gema Bumantara turut membawa misi menghidupkan dan memperkukuh apresiasi terhadap muzik tradisional dalam kalangan generasi berbeza.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat