Anwar arah Azalina adakan libat urus susulan titah Majlis Raja-Raja
Media tempatan melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said diarah mengadakan libat urus dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung pindaan Perlembagaan bagi memisahkan jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata arahan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu susulan beberapa perkara yang dititahkan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja berhubung cadangan pindaan berkenaan.
"Perdana Menteri mengarahkan Datuk Seri Azalina Othman Said untuk mengadakan libat urus dan perbincangan dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang sudah menyediakan draf bagi pindaan Perlembagaan terbabit.
"Selepas itu, sebarang pindaan ataupun penambahbaikan perlu dimaklumkan semula kepada Majlis Raja-Raja," Berita Harian memetik Fahmi sebagai berkata di sidang media pasca mesyuarat Jenayah Menteri di Putrajaya, hari ini.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.








Comments
Post a Comment