Antara Waze dan TuJu

 

Suka atau tidak, kehidupan kita dan keberadaan kita di mana jua senang dikesan.

Bila kita bertransaksi tanpa tunai, yakni menggunakan kad debit atau kredit, apatah lagi membayar menggunakan kaedah QR, segalanya direkodkan secara terperinci termasuk tempat anda bertransaksi, masa dan tarikh juga. 

Jika anda senyap-senyap membawa girlfriend anda memasuki kondominium rahsia anda, jangan ingat tiada rekod. Bila anda scan kad untuk masuk bagi membolehkan palang pintu terbuka, semuanya direkodkan, termasuk CCTV lagi. 

Mungkin sistem tidak mengetahui anda membawa masuk kekasih gelap, namun jika apa-apa berlaku selepas itu, agak sukar untuk anda menafikan bahawa anda tidak berada di lokasi berkenaan.

Jadi, Waze hanyalah salah satu punca ketakutan untuk dikesan di lokasi mana anda berada. Yang membuat ketakutan itu lebih menonjol, tidak lain dan tidak bukan kerana alasan ia berpengkalan di Israel.

Sebagai orang biasa-biasa sahaja yang tidak penting sama sekali, apa saya peduli semua itu. Tiada siapa yang ingin tahu di mana saya berada.

Malah saya seronok berurusniaga tanpa tunai. Memudahkan. Apa tidaknya, di dalam dompet saya selalunya ada wang tunai beberapa ringgit sahaja. Dalam menjalani urusan seharian, saya hampir tidak memerlukan wang tunai sekali.

Bagaimanapun, saya pernah terperangkap di suatu hari ketika memandu dari selatan ke Kuala Lumpur. Ketika melalui lebuh Raya PLUS dan hendak keluar di Sungai Besi, palang tol tidak terbuka, malah berbunyi siren menandakan baki kredit di kad Touch N Go saya tidak mencukupi.

Saya pergi ke salah satu kaunter yang menyediakan urusan tambah nilai. Berpeluh juga saya bila diberitahu mereka hanya menerima bayaran wang tunai sahaja untuk top up. Saya cuma ada duit tunai sebanyak RM 2 sahaja ketika itu sedangkan baki saya di Touch N Go kekurangan lebih RM 29.

Pelik juga di saat agensi kerajaan dan berkaitan kerajaan hanya menerima bayaran tanpa tunai, di Touch N Go terbalik pula. Hanya menerima wang tunai sahaja.

Akhirnya, masalah saya selesai apabila seorang kakitangan wanita yang agak cun tolong bayar menggunakan wang tunai dia sendiri dan saya transfer jumlah wang itu ke akaun bank dia menggunakan kaedah online banking.

Berbalik kepada Waze dan TuJu, kita tonton video pandangan seorang individu mengenai kualiti perkhidmatan TuJu yang teruk.

https://www.facebook.com/share/v/1E4rXc1yfB/

Untuk tonton video, tekan lama sikit pautan di atas, kemudian tekan Open

Semoga pihak penyedia perkhidmatan TuJu menerima komen di video dengan positif dan profesional. Lakukanlah pembaikan dengan segera. Tidak perlu mempertahankan diri dengan tidak mahu mangaku bahawa anda memang teruk.


AAA 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat