Akmal setanding Jamal Yunos
aa
Updating in process
Portal berita Malaysiakini melaporkan Ahli Parlimen Seputeh Puan Teresa Kok menang saman fitnah terhadap Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh, dengan Mahkamah Tinggi Melaka hari ini menganugerahkan ganti rugi am dan ganti rugi teladan sebanyak RM250,000 kepadanya.
Peguam Kok, Datuk Sankara Nair, dalam satu kenyataan berkata bahawa hakimencik Isa Aziz Ibrahim turut mengeluarkan perintah injunksi bagi menghalang ketua pemuda UMNO itu daripada terus mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap dirinya.
Mahkamah juga memerintahkan supaya kenyataan yang memfitnah itu dipadamkan daripada semua platform media sosial, Selain itu, Sankara berkata, Akmal juga diperintah membayar kos perundangan sebanyak RM50,000 kepada pemimpin veteran DAP itu.
Saman fitnah susulan kenyataan video yang dimuat naik pemimpin Umno itu di media sosial pada September 2024.
Dalam Hakim Isa berkata, mahkamah mendapati kenyataan yang dibuat oleh defendan menerusi video berkenaan membawa maksud memfitnah plaintif selain melampaui batas kritikan terhadap dasar awam.
Menurutnya, defendan juga gagal membuktikan pembelaan komen yang adil dan keistimewaan bersyarat yang dikemukakan bagi mempertahankan kenyataan tersebut.
“Mahkamah berpendapat video berkenaan membawa unsur fitnah yang serius apabila plaintif digambarkan sebagai individu yang secara berterusan menggugat keharmonian negara,” katanya.
Mahkamah juga mengarahkan defendan memadamkan video berkenaan daripada semua akaun media sosial miliknya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah.
Akmal diwakili peguam Syahrul Syazwan Salehin.
Dalam kenyataan berasingan di Facebook yang menyambut baik keputusan mahkamah, Kok berkata walaupun dia menerima bahawa ahli politik perlu terbuka terhadap kritikan dan perbahasan, dia percaya terdapat had apabila kritikan itu bertukar menjadi fitnah.
"Tindakan ini bukan untuk keuntungan kewangan atau membungkam penentang politik. Ia adalah mengenai maruah, prinsip dan kedaulatan undang-undang.
"Perbezaan politik mesti ditentang melalui fakta dan perbahasan dengan alasan, bukan penghinaan peribadi. Tiada sesiapa, tanpa mengira kedudukan politik, berada di atas undang-undang.
"Saya berharap penghakiman ini menjadi peringatan bahawa kebebasan demokratik mesti diamalkan secara bertanggungjawab. Saya kekal teguh dengan komitmen saya untuk berkhidmat kepada rakyat dan mempertahankan nilai-nilai demokratik," tambahnya.
Pada 10 Sept 2024, Kok disoal siasat polis selepas berkata cadangan kerajaan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol akan membebankan perniagaan serta boleh menjadikan Malaysia bahan cemuhan.
Akmal kemudian mengecam Kok sebagai "nyonya tua" yang tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan agama Islam dan berkata dia akan meminta kerajaan menyediakan logo bukan halal untuk ditampal pada dahi Kok.
Pada 11 Sept, Kok mengeluarkan surat tuntutan kepada Akmal berhubung kenyataannya itu, dan menuntut ganti rugi RM25 juta. Dalam notis itu, Kok turut menuntut Akmal membayar kesemua kos undang-undang dan perbelanjaan yang timbul daripada saman tersebut.
Menurut notis berkenaan, kenyataan Akmal menggambarkan Kok seolah-olah seorang yang rasis, tidak menghormati agama Islam dan tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai pensijilan halal.
Dia juga didakwa menggambarkan Kok sebagai individu yang tidak sensitif, jahil, menentang dasar kerajaan berhubung amalan dan agama Islam, serta merosakkan keamanan dan keharmonian negara selain menjadi "musuh negara" yang tidak setia kepada negara.
Antara lain, Kok menuntut Akmal menarik balik kenyataannya serta-merta dan tanpa syarat, memohon maaf secara terbuka tanpa syarat dan tidak boleh dibatalkan dalam bentuk serta media yang akan ditentukan oleh Kok dan peguamnya, selain membuat akujanji bertulis untuk tidak mengulangi sebarang dakwaan atau kenyataan lanjut yang serupa dengan kata-kata fitnah tersebut.
Membalas notis undang-undang Kok, Akmal berkata dia akan menghadapinya di mahkamah.
"Ok, Nyonya. Kita jumpa di mahkamah. Tidak takut, tidak menyerah," tulisnya di Facebook.
AAA AAA AAA
Comments
Post a Comment