Sepuluh bekas Exco Negeri Sembilan yang dibatal pelantikan rujuk ke Mahkamah Persekutuan

 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan merujuk persoalan undang-undang di Mahkamah Persekutuan sama ada Yang di-Pertuan Besar boleh membatalkan pelantikan mereka atau sebaliknya tanpa nasihat Menteri Besar Mereka juga merujuk persoalan undang-undang terhadap isu penamatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Sembilan sebagai tidak sah dan terbatal. Antara 10 Exco yang dinamakan sebagai plaintif ialah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim dan Datuk Mohd Asna Amin.

Selain itu, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah.

Dalam permohonan untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan antara persoalan-persoalan yang ditimbulkan ialah sama ada Yang di-Pertuan Besar boleh membatalkan pelantikan Exco tanpa nasihat Menteri Besar dan sekiranya tidak boleh, adakah pembatalan pelantikan kesemua plaintif tidak sah dan terbatal.

Mereka juga memohon Mahkamah Persekutusan membuat keputusan terhadap persoalan sama ada Yang di-Pertuan Besar mempunyai kuasa mutlak yang boleh digunakan tanpa tertakluk kepada peruntukan perlembagaan negeri yang lain.

Selain itu, meeka memohon Mahkamah Persekutusan membuat keputusan terhadap persoalan sama ada Yang di-Pertuan Besar mempunyai kuasa mutlak yang boleh digunakan tanpa tertakluk kepada peruntukan perlembagaan negeri yang lain.

Bekas-bekas exco itu juga menimbulkan persoalan sekiranya Yang di-Pertuan Besar tidak mempunyai kuasa mutlak, adalah pemecatan tersebut tidak sah dan terbatal?

Menurut notis usul yang difailkan, kesemua bekas exco itu memohon agar permohonan untuk merujuk persoalan itu didengar segera dan dan diputuskan sebelum saman pemula yang difailkan sebelum ini didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Seremban.

Turut dimohon ialah kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai.

Notis usul tersebut difailkan pada 14 Oktober lalu melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. Sesalinan dokumen terbabit dilihat media hari ini.

Mereka menamakan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus dan Kerajaan Negeri Sembilan sebagai defendan pertama dan kedua.

Pada 5 Oktober lalu, kesemua bekas exco itu telah memfailkan saman pemula mempertikaikan pemecatan tersebut yang didakwa tidak sah atas alasan pemecatan oleh Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir secara bersendirian tanpa nasihat Menteri Besar. 


Sumber berita Utusan Malaysia

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat