Tokoh pembangunan filem Melayu L Krishnan, 104, meninggal dunia

Tokoh perfileman negara dan penerima Anugerah Merdeka 2016 Tan Sri L Krishnan ,Lakshmanan yang banyak menyumbang kepada perkembangan awal industri filem Melayu, dilaporkan meninggal dunia di Chiang Mai, Thailand semalam pada usia 104 tahun. 

Agensi berita rasmi Malaysia Bernama berkata pemergian tokoh itu, yang turut dikenali sebagai antara perintis industri filem Melayu, disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Menurut maklumat yang dikongsikan oleh Yayasan Artis Veteran Malaysia kepada beliau, Azmir berkata mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 2.15 petang waktu tempatan akibat sakit tua.

DHORMATI SUPERSTAR FILEM TAMIL SEPERTI MGR, SIVAJI DAN MEGASTAR BOLLYWOOD RAJ KAPOOR

Gambar tahun 2022, L Krishnan yang ceria bersama isterinya Rukhmanee pada malam hari lahirnya yang ke-100. (Gambar Rukhmanee Krishnan)

"Beliau telah lama bermastautin di Thailand selepas berkahwin dengan isterinya yang merupakan warga Thailand. Urusan pengebumian mendiang kini dalam proses," Azmir dipetik Bernama sebagai berkata.

Krishnan sebelum ini menerima Anugerah Merdeka 2016 dalam kategori Sumbangan Luar Biasa kepada Pendidikan dan Komuniti atas jasa beliau yang meletakkan asas industri filem moden Malaysia serta peranan pentingnya membangunkan bakat lakonan awal, termasuk ikon filem negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

TOKOH YANG MENJADIKAN P RAMLEE SELEBRITI SEGERA

Krishnan, yang dilahirkan di Madras, India pada 1922 dan dibesarkan di Pulau Pinang, memulakan kerjaya dalam bidang perfileman selepas Perang Dunia Kedua sebelum berpindah ke Singapura pada 1949 serta berkhidmat sebagai pengarah filem di Shaw Studio.

Di Shaw Brothers, beliau memainkan peranan penting dalam perkembangan kerjaya P. Ramlee dan bekerjasama dengan barisan karyawan filem terkenal pada era berkenaan seperti Datuk Maria Menado, Kasma Booty serta Datuk Mustapha Maarof.

Sepanjang kerjayanya, Krishnan mengarahkan lebih 30 filem termasuk karya yang menampilkan P. Ramlee seperti Bakti dan Takdir Ilahi (masing-masing pada tahun 1950), Penghidupan (1951) serta Antara Senyum dan Tangis (1952).

Beliau turut meneroka genre seram menerusi Orang Lichin (1957), Orang Minyak (1958) dan Serangan Orang Minyak (1959), selain menghasilkan karya berasaskan formula lagu, tarian dan drama yang mendapat sambutan penonton pada era berkenaan.

Selepas 11 tahun di Singapura, Krishnan kemudian meneruskan kerjaya di Kuala Lumpur bersama dengan Merdeka Studio dan menghasilkan banyak filem yang mencerminkan kehidupan serta aspirasi masyarakat pada era awal pembentukan Malaysia.

Karya dan sumbangan beliau ketika bersama dengan Merdeka Studio turut membantu membuka laluan kepada penubuhan FINAS dan kompleks asal Merdeka Studio kini dikekalkan oleh FINAS sebagai penghormatan terhadap sumbangan beliau kepada industri filem tempatan.

Sumbangan Krishnan kemudian berkembang melangkaui bidang pengarahan apabila beliau menubuhkan Gaya Filem Berhad pada 1970 dan Gaya Music Studio pada 1980, selain terlibat dalam pembangunan kemudahan teknikal industri perfileman tempatan.

Pada 1982, beliau menubuhkan Makmal Warna filem pertama negara sebelum dilantik sebagai Pengerusi Cathay Organisation Malaysia pada 1984.

Sepanjang perjalanan kerjayanya, sumbangan Krishnan mendapat pelbagai pengiktirafan antaranya Anugerah P. Ramlee pada 1995 dan Anugerah Galeri Sinema Melayu sebagai Pioneer in the Malay Film Industry pada 1996.

Menurut Bernama, beliau turut menerima pelbagai darjah kebesaran dan anugerah lain termasuk Panglima Jasa Negara (2003), Anugerah Filem Tamil Antarabangsa (Pencapaian Sepanjang Hayat, 2003), Panglima Setia Mahkota (2011), Anugerah Seri Temasek (2011), Anugerah Tokoh Malaysia Perfileman Tahun 3 (2011), Anugerah Tokoh Malaysia Perfileman Tahun 2011 (2014) dan Anugerah Sinematografi India Selatan (2015).

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia