Tiga personaliti PKR lapor polis berkaitan dakwaan Hadi Amerika tawar bantuan jatuhkan kerajaan Najib

Agensi berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan tiga laporan polis dibuat semalam berhubung kenyataan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia pada 2014.

Laporan itu dibuat oleh Naib Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bandar Tun Razak Encik V Jonathan, Ketua Wanita PKR Cabang Bandar Tun Razak Puan Mazlina Osman dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bandar Tun Razak Encik Amarul Hisham Jalil di Balai Polis Cheras, di Kuala Lumpur.

Jonathan berkata laporan itu dibuat susulan kenyataan Abdul Hadi ketika berucap pada Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan semalam yang dilaporkan oleh sebuah portal berita.

Beliau berkata Abdul Hadi mendakwa beberapa pemimpin PAS pernah dijemput mengadakan pertemuan dengan Kedutaan AS ketika Presiden Barack Obama melawat Malaysia pada 2014, dengan pihak asing didakwa menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan ketika itu.

“Antara yang dikatakan hadir dalam pertemuan berkenaan ialah Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Datuk Mustafa Ali bersama-sama Duta Amerika Syarikat ketika itu,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Jonathan berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan laporan berkenaan adalah bagi memastikan sebarang dakwaan berkaitan cubaan menggulingkan atau melemahkan kerajaan serta sistem demokrasi berparlimen melalui cara yang tidak berperlembagaan dapat disiasat mengikut lunas undang-undang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut pada kira-kira 5 petang.

“Saya sedang menyemak jumlah laporan serta balai polis tempat laporan berkenaan dibuat.

“Laporan tersebut bagaimanapun akan dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju,” katanya.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia