Susunan Peristiwa Konflik Negeri Sembilan Versi Malaysiakini, Ditambah Eric See Lian See
Kronologi Pertikaian Undang dengan Tuanku Muhriz
- Disember 2024
Undang Sungai Ujong, Mubarak Thahak, pecat dua ketua adat selepas timbul dakwaan salah guna dana kerajaan — termasuk lebih RM160,000 daripada Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan RM10,000 daripada pejabat Anthony Loke.
Menurut laporan Mkini, isu mula terbongkar bila pembantu Loke minta laporan penggunaan RM10,000 itu, sedangkan pejabat Undang masa itu belum ada akaun bank.
Lepas itu Muzium Negeri Sembilan pula tanya ke mana pergi dana ratusan ribu yang pernah disalurkan.
Pejabat Undang buat siasatan dalaman, dakwaan salah guna kuasa timbul dan dua pembesar itu dipecat. Dua laporan polis dibuat, termasuk oleh setiausaha politik Loke, Ho Weng Wah. Ho sendiri sahkan perkara itu kepada Mkini.
- 13 Mei 2025
Kumpulan pemimpin adat Sungai Ujong - termasuk dua yang dipecat tadi - pula cuba singkir Mubarak sebagai Undang.
Kononnya ada 33 sebab, termasuk dakwaan langgar hukum Islam dan adat. Laporan polis dan laporan kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan turut dibuat.
Tapi sampai sekarang 33 alasan itu tak didedahkan kepada umum.
Penyingkiran Mubarak pula tak terus berjalan sebab perlukan kelulusan DKU.
- 5 Mac 2026
Hampir setahun kemudian, konflik meletup dalam mesyuarat DKU.
Menurut afidavit Undang Johol Muhammed Abdullah yang difailkan dalam mahkamah ketika itu, Mubarak menegur Tuanku Muhriz atas dakwaan pelanggaran pentadbiran dan adat.
Keadaan jadi tegang. Mubarak, Muhammed dan Undang Jelebu Maarof Rashad keluar dari istana dan sambung mesyuarat di Balai Undang Sungai Ujong.
Di situ, mereka dikatakan putuskan Tuanku Muhriz tidak lagi sesuai jadi Yang di-Pertuan Besar.
Menteri Besar Aminuddin Harun yang dilapor hadir kemudian diarahkan melaksanakan keputusan di bawah Perkara 10 dan tandatangan perintah mengikut Perkara 10(2).
Aminuddin dikatakan setuju nak bincang dengan SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri.
Tapi arahan itu tak dilaksanakan.
(Pertemuan ini tidak pernah disahkan atau dinafikan oleh Aminuddin)
- 17 April 2026
DKU adakan mesyuarat khas.
Kumpulan adat Sungai Ujong yang menentang Mubarak bentang kes untuk singkir beliau.
Dilaporkan Tuanku Muhriz dan anggota lain menerima penyingkiran Mubarak, berkuat kuasa dari 13 Mei 2025.
Menurut Rais Yatim, pandangan Tunku Besar Tampin, Datuk Syahbandar Sungai Ujong dan Undang Johol pula tidak diterima.
- 19 April 2026
Mubarak bersama tiga lagi Undang buat sidang media dan umum keputusan menurunkan Tuanku Muhriz.
Mereka kata siasatan menyeluruh sudah dibuat, dipercayai bagi memenuhi kehendak Perkara 10.
Mereka juga isytihar Tuanku Nadzaruddin sebagai pemerintah yang sah.
- 20 April 2026
Aminuddin kata proklamasi Undang itu tak sah sebab Mubarak sudah dilucutkan sebagai Undang walaupun UUTKNS menetapkan bahawa keputusan Undang Yang Empat adalah sah jika sekurang-kurangnya 3 daripada 4 Undang bersetuju.
Tapi isu besar satu lagi: beliau tetap tidak menandatangani proklamasi seperti yang dikehendaki Perkara 10(2).
- 23 April 2026
Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin tak hadir istiadat pembukaan DUN.
Sedangkan ikut adat, lima pembesar ini biasanya mengiringi Yang di-Pertuan Besar dan duduk bersama baginda ketika istiadat serta titah pembukaan.
- 27 April 2026
UMNO Negeri Sembilan tarik sokongan terhadap Aminuddin sebagai MB kerana tak puas hati dengan cara beliau urus krisis ini.
UMNO mahu bentuk kerajaan baharu bersama PN.
Tapi Tuanku Muhriz dilapor tak beri mereka menghadap. Sebaliknya Aminuddin terus mengetuai kerajaan minoriti.
- Mei 2026
Kumpulan Klana Hulu yang menyingkir Mubarak lantik Faris Johari sebagai Undang Sungai Ujong baharu.
Kumpulan saingan Perut Waris Hulu pula isytihar Abd Rahman Limat sebagai Undang.
Kumpulan Mubarak kemudian bawa DKU ke mahkamah untuk dapatkan minit mesyuarat 17 April.
Mereka juga keluarkan titah “menggantung” Raja Norazli Raja Nordin sebagai Setiausaha DKU.
- 5 Jun 2026
DUN dibubarkan dengan perkenan Tuanku Muhriz, lalu PRN mengejut diadakan.
Hari sama, kumpulan Mubarak mengangkat Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu dalam satu istiadat di hotel di Alor Gajah.
Rancangan buat istiadat di Balai Adat Tunku Besar Tampin pula gagal selepas polis halang kemasukan.
Anwar kemudian umum Putrajaya mengiktiraf Tuanku Muhriz sebagai pemerintah yang sah.
Mahkamah Tinggi Seremban pula keluarkan injunksi sementara untuk kekalkan status quo dan halang mesyuarat khas kumpulan Mubarak.
- 11 Jun 2026
Tuanku Muhriz lantik putera keduanya, Tunku Zain Al-’Abidin sebagai Tunku Panglima Besar, menggantikan Tunku Nadzaruddin.
- 27 Jun 2026
Tuanku Muhriz secara rasmi mengiktiraf Faris Johari sebagai Undang Sungai Ujong baharu.
Hassan Ab Hamid pula diiktiraf sebagai Undang Rembau.
Majlis adat Rembau menafikan istana campur tangan dalam pelantikan itu.
- 30 Jun 2026
DKU sahkan Tuanku Muhriz sebagai pemerintah yang sah.
DKU juga kata Maarof sebenarnya sudah dilucutkan sebagai Undang Jelebu berkuat kuasa 31 Mei 2023.
Datuk Syahbandar Sungai Ujong, Badarudin Abdul Khalid, turut disingkirkan.
Kedua-duanya berada dalam kem Mubarak.
- 8 Julai 2026
Mahkamah Tinggi benarkan DKU mulakan prosiding hina mahkamah terhadap kumpulan Mubarak kerana mengangkat Tunku Nadzaruddin.
Bahagian yang Mkini tak masukkan:
- 31 Julai 2026
DKU bersidang di Istana Besar Seri Menanti dengan Tuanku Muhriz sebagai pengerusi.
DKU iktiraf Faris Johari sebagai Undang Sungai Ujong dan Hassan Ab Hamid sebagai Undang Rembau.
Alasan bagi Undang Rembau lama: Abdul Rahim dikatakan tak pernah sempurnakan istiadat adat yang diperlukan sejak 2024, jadi dikatakan tak pernah sah sebagai Undang.
Bagi Undang Jelebu lama pula: DKU kata Maarof sebenarnya sudah dilucutkan sejak 31 Mei 2023, lalu jawatan Undang Jelebu dianggap kosong.
DKU juga batalkan pengisytiharan 19 April yang menurunkan Tuanku Muhriz dengan alasan ia tak memenuhi Undang-Undang Tubuh Negeri.
Kumpulan Undang yang menentang Tuanku Muhriz pula pertikai mesyuarat itu. Mereka kata kuorum tak cukup bawah Perkara 20 dan mesyuarat itu juga bercanggah dengan injunksi Mahkamah Tinggi.
- 1 Ogos 2026
Rakyat Negeri Sembilan keluar mengundi dalam PRN.
AHLI TETAP DKU YANG DIPERTIKAIKAN:
- 19 April 2026: Yamtuan Tuanku Muhriz didakwa diturun takhta oleh Undang yang Empat bersama Tunku Besar Tampin
- 17 April 2026: Undang Sg Ujong Mubarak Thahak diumum turun oleh DKU berkuat kuasa 13 May 2025.
- 30 Jun 2026: Datuk Syahbandar Sungai Ujong, Badarudin Abdul Khalid diumum DKU sebagai telah disingkirkan
- 31 Julai 2026: Undang Rembau Abdul Rahim Yasin diumum DKU sebagai tidak pernah sah
- 31 Julai 2026: Undang Jelebu Maarof Mat Rashad diumum DKU sebagai telah diturunkan sejak 31 Mei 2023.
Namun Undang Johol Muhammed Abdullah dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman masih kekal.
PENTING: Diperhatikan bahawa sebelum tarikh 19 April 2026, iaitu tarikh Undang yang Empat umum Tuanku Muhriz diturun takhta, kesemua Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan Datuk Syahbandar Sungai Ujong - termasuk mereka yang kemudian diumum DKU sebagai tidak sah sejak tahun 2023 atau 2024 - masih diiktiraf secara rasmi.
Mereka masih dipanggil menghadiri mesyuarat DKU dan dijemput ke pelbagai istiadat rasmi negeri, termasuk pembukaan DUN.
Hanya selepas krisis tercetus dan Tuanku Muhriz diumumkan turun takhta pada 19 April, barulah dalam bulan-bulan berikutnya timbul keputusan DKU bahawa empat daripada enam mereka sudah tidak sah berkuat kuasa sejak beberapa tahun sebelumnya.
Nota: Kronologi ini berasaskan laporan Malaysiakini bertajuk "KINIGUIDE | Negeri Sembilan royal rumble: What's going on?" yang diterbitkan pada 17 September 2026.
Dipetik olah dari hantaran Facebook Eric See Lian See, hari ini, Sabtu 26 September 2026.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Comments
Post a Comment