Sekarang kita tak tahu siapa bercakap benar — Hadi atau Kedutaan Amerika

Ahli Parlimen Jelutong Encik RSN Rayer mencabar kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, demikan menurut laporan portal berita terkenal Malaysiakini semalam.

Ini susulan penafian oleh Kedutaan AS terhadap dakwaan Hadi bahawa wakil negara itu pernah menawarkan bantuan kepada PAS untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.


Pemimpin DAP itu berkata penafian sahaja tidak cukup kerana menurutnya tuduhan Hadi sangat "luar biasa" dan melibatkan keselamatan negara.

"Ini isu yang serius. Penafian diplomatik oleh AS saja tidak cukup.

"Saya cabar kerajaan AS saman Hadi jika dakwaan luar biasa dibuat Hadi tidak benar.

"Hanya itu cara rakyat Malaysia tahu siapa yang bercakap benar," portal berita itu memetik Rayer sebagai berkata dalam satu kenyataan media semalam.

Awal semalam, Kedutaan AS menafikan dakwaan presiden PAS itu dan menyifatkan ia sebagai tuduhan palsu.

“AS tidak pernah mencuba untuk menentukan kepimpinan politik Malaysia. Sebarang dakwaan sebaliknya adalah palsu,” kata Encik David H Gamble Jr, yang kini mengetuai Kedutaan AS di Kuala Lumpur, dalam kenyataan ringkas kepada portal berkenaan.

Sementara itu Rayer menambah bahawa sekiranya dakwaan Hadi benar, AS perlu menjelaskan dakwaan cubaan campur tangan dalam politik Malaysia.

Jika sebaliknya, kata Rayer, Washington tidak boleh sekadar menafikannya kerana ia melibatkan tuduhan campur tangan kuasa asing dalam negara demokratik.

Dalam ucapan penggulungan pada Muktamar PAS ke-72 di Kota Bharu kelmarin, Hadi mendakwa tawaran tersebut dibuat ketika salah satu lawatan bekas Presiden AS, Encik Barack Obama, ke Malaysia.

Ketika itu, katanya, beberapa pemimpin PAS telah dijemput menghadiri satu acara di Kedutaan AS di Kuala Lumpur.

Kedua-dua lawatan Obama ke Malaysia pada 2014 dan 2015 berlaku ketika Najib masih menjadi perdana menteri.

Hadi berkata perkara itu berlaku ketika PAS merupakan sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Marang itu turut berkata Setiausaha Agung PAS ketika itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dan Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, yang ketika itu merupakan setiausaha politiknya, turut menghadiri acara berkenaan.

Hadi berkata dia menghadiri jemputan itu bersama bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia