Reman bekas menteri kes RCI Tabung Haji disambung dua hari lagi
Agensi berita rasmi Malaysia Bernama hari ini melaporkan bahawa tempoh reman seorang bekas menteri yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu pajakan hotel berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) di Arab Saudi, disambung dua hari.
Walaupun tidak menyebut nama siapa bekas menteri berkenaan, ia sudahpun menjadi pengetahuan umum.
Menurut sumber, perintah reman bermula esok hingga Selasa terhadap lelaki berumur lingkungan 60-an itu dikeluarkan oleh Majistret Encik Muhammad Bukhori Md Ruslan Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman dilaporkan memberitahu Bernama kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Media sebelum ini melaporkan bekas menteri itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di SPRM dan direman lima hari bermula dari Rabu lepas hingga hari ini.
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, serta menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.
Laporan itu turut menyebut bahawa wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment