Pengkritik Anggap Kemunculan Mahathir Di Hari Merdeka Sebagai Gelagat Kebanyakan Orang Tua Keturunan India
DR MAHATHIR, MERDEKA DAN KESIPUAN
Seorang pengkritik muda yang agak terkenal melihat kemunculan mantan Perdana Menteri dua kali Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar, atas sekali) sebagai hadirin rakyat biasa, bukan VIP, di perayaan hari kemerdekaan Malaysia sebagai gelagat kebanyakan orang tua keturunan India di negara ini.
![]() |
| Gambar Facebook |
Penulis berkenaan, Encik Nehru Satyamoorthi, dengan nama penanya, Therealnehruism, berpandangan pemimpin super-veteran berusia 101 tahun itu cuba menarik simpati awam kerana tidak diberi penghormatan sewajarnya sebagai hadirin terhormat di majlis pada pagi Isnin, 31 Ogos 2026 itu.
"Saya minta maaf untuk mengatakan-lah, dan ini mungkin kedengaran sedikit perkauman, tetapi Mahathir memilih untuk menjatuhkan dirinya di tengah-tengah perarakan Merdeka, untuk memalukan kerajaan kerana tidak menjemputnya ke sambutan Merdeka, walaupun dia bekas PM negara, adalah perkara yang anda harapkan daripada beberapa ibu bapa India, selepas mereka tua dan menjadi "sukar".
"Saya tidak tahu tentang kaum lain, tetapi kelakuan seperti ini adalah ciri biasa dalam kebanyakan keluarga India. Ia adalah perkara biasa, bahawa jika anda menunjukkan siaran ini kepada mana-mana orang India, saya pasti mereka akan memahami dengan tepat dari mana saya datang. Jika ada pertandingan siapa yang boleh menggunakan rasa malu dan rasa bersalah sebagai senjata, saya rasa orang India lama akan menang. Orang India lama adalah jaguh dalam bidang ini kerana orang Kenya berada dalam bidang larian jarak jauh," katanya menerusi satu hantaran dalam Bahasa Inggeris di media sosial kelmarin.
Bagaimanapun, tokoh wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin melihat perkara berkenaan dari perspektif yang berbeza.
Berikut adalah petikan tulisan beliau di Facebook bertarikh Selasa, 1 September 2026:
DR MAHATHIR, MERDEKA DAN KESIPUAN
1. Dr Mahathir hadir di Perbarisan Hari Kebangsaan ke-69 di Putrajaya semalam (31 Ogos) sebagai orang kebanyakan.
2. Menurut laporan media arus perdana dan paparan media sosial, gambar beliau mengibarkan bendera mini Malaysia, sambil duduk atas kerusi roda, tular (viral) di media sosial.
3. Media arus perdana pun memberanikan diri menyiarkan gambar dan berita kehadiran beliau bersama orang ramai.
4. Banyak ulasan media sosial dan warga internet mempersoalkan ketiadaan layanan rasmi dan penghargaan kepada beliau.
5. Selepas dikritik dan dipersoalkan oleh orang ramai di media sosial, Kerajaan Madani mengeluarkan kenyataan, antara lain, mengatakan Dr Mahathir tidak dijemput sebab dikatakan beliau akan ke luar negara pada hari sambutan perayaan kemerdekaan.
6. Lagi pun, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Abdul Halim Hamzah, jemputan rasmi kepada bekas-bekas Perdana Menteri tidaklah automatik.
7. Kerajaan boleh beri apa saja alasan dan ia tidak sedikit pun menjejas pernyataan dan bukti patriotisme bekas Perdana Menteri itu terhadap negara.
8. Kalau bacaan saya mengenai Dr Mahathir tepat, yang penting kepada beliau bukan penghormatan oleh kerajaan atau layanan protokol, tetapi kecintaan kepada negara dan kemesraan dengan rakyat jelata.
9. Beliau telah kata berulang kali yang beliau tidak peduli bagaimana beliau diingati dan legasi yang dikaitkan dengan beliau.
10. Bagi beliau, beliau telah lakukan apa yang perlu untuk Malaysia sebaik yang termampu. Seperti dirujuk oleh ramai pengulas, hatta dataran perbarisan itu pun adalah ilham dan binaan beliau ketika menjadi Perdana Menteri.
11. Petugas awam seperti Abdul Halim wajib fikir air muka Perdana Menteri. Bagaimana kalau Dr Mahathir atau mana-mana bekas Perdana Menteri mendapat tepukan dan perhatian yang lebih hebat daripada yang diterima oleh Perdana Menteri?
12. Orang yang menurut perintah macam Abdul Halim akan menanggung bala kalau berlaku kesipuan terhadap orang kenamaan yang berada di atas pentas.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Comments
Post a Comment