PDRM syor pinda undang-undang hukuman lebih berat kepada scammer

Tan Sri Mohd Khalid Ismail (barisan depan enam kanan) bersama Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid (lima kanan), Encik Jasbant Singh (empat kanan) bersama pegawai dan kakitangan Media Prima pada program di Bukit Aman. Turut hadir Datuk Farrah Naz Abdul Karim. Gambar NSTP oleh ASWADI ALIAS

Akhbar Berita Harian semalam melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kerajaan meminda undang-undang lapuk serta mengenakan hukuman yang jauh lebih berat, termasuk hukuman sebat terhadap penjenayah penipuan dalam talian (scammer).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, berkata hukuman berunsur pencegahan amat kritikal bagi membendung jenayah siber yang kian berleluasa dan meragut ketenteraman masyarakat.

Beliau berkata, hukuman yang dijatuhkan oleh pihak kehakiman ketika ini dilihat terlalu minimum sehingga gagal menimbulkan rasa gentar dalam kalangan dalang serta ahli sindiket penipuan.

"Tangkapan dibuat secara berterusan di seluruh negara, namun hukuman yang dikenakan begitu minimum. Ini tidak menimbulkan rasa takut kepada penjenayah.

"Perkara ini sudah diangkat kepada pihak kementerian dan kerajaan supaya perubahan perundangan dapat dilaksanakan seiring dengan perkembangan teknologi serta piawaian antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ucapan penutup Program Kolaborasi Komunikasi Strategik PDRM dan Media Prima Berhad di Bukit Aman, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Asisten Komisioner (K) Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Pengarang Urusan Kumpulan Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima, Jasbant Singh dan Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan dan Pengarang Kumpulan The New Straits Times, Datuk Farrah Naz Abdul Karim.

Program dianjurkan dengan matlamat untuk merapatkan komunikasi, membina pemahaman rentas sektor, serta memantapkan kemahiran teknikal kedua-dua pihak dalam mengendalikan simulasi media dan pengurusan maklumat.

Mengulas lanjut, Mohd Khalid berkata, PDRM turut menyarankan Malaysia meneliti pendekatan negara-negara maju sebagai model perundangan.

Katanya, memetik langkah drastik kerajaan Singapura yang memperkenal hukuman sebat kepada pesalah kes penipuan sebagai contoh terbaik mekanisme pencegahan berkesan.

"Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerima 500 hingga 600 panggilan setiap hari daripada mangsa penipuan. Ini situasi yang amat menyedihkan dan membuktikan undang-undang sedia ada memerlukan reformasi besar-besaran.

"Selain isu hukuman ringan, PDRM turut menyorot kelemahan Akta Komputer 1997 yang disifatkan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi relevan untuk mendepani ancaman era kecerdasan buatan (AI) serta gajet moden.

"PDRM menggesa bahagian perundangan kerajaan menyelaraskan semula kuasa penguatkuasaan dengan fasiliti undang-undang serta logistik yang mantap demi melindungi kebajikan rakyat dan keselamatan negara secara menyeluruh," katanya.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia