Kumpulan Pemisah Selatan Thailand Cadang Perintah Sendiri Menyeluruh Di Tiga Wilayah Bergolak

Gambar KrasueChai TV

Di NARATHIWAT, THAILAND, akhbar Bahasa Melayu terkenal di negara ini, Utusan Malaysia melaporkan semalam, Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) yang merupakan kumpulan pemisah terbesar di Selatan Thailand mahu peme­rintahan sendiri secara menyeluruh di tiga wilayah bergolak.

Gambar Pacific Islander

Bagaimanapun, BRN tidak me­nuntut kuasa mutlak atau kemerdekaan, sebaliknya mahu pemerintahan berasaskan per­kongsian kuasa bagi mentadbir Narathiwat, Pattani dan Yala menjadi satu wilayah.

Dr Nikmatullah Seri 
Gambar Utusan Malaysia

Jurucakap Pasukan Perun­ding BRN, Dr Nikmatullah Seri berkata, cadangan itu merangkumi tiga pihak berkuasa iaitu seorang pentadbir atau wali al-amri, majlis syura dan pentadbir sistem kehakiman syariah.

Katanya, wali al-amri yang dipilih rakyat mesti berasal dari tiga wilayah berkenaan, berbangsa Melayu dan beragama Islam.

“Ahli syura atau badan perundangan atau ahl al-hal wa­­l-aqd juga akan dipilih oleh rak­yat manakala yang ketiga adalah sistem kehakiman mah­kamah syariah.

“Ini bukan impian kosong tetapi kami akan mewujudkan sistem pemerintahan yang adil, membawa kemakmuran dan keamanan di wilayah ini,” Nikmatullah dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata.

Nikmatullah turut membangkitkan isu pengagihan hasil kekayaan sumber asli Pattani khususnya gas apabila Kerajaan Thailand dan Malaysia masing-masing menerima 50 peratus hasil gas yang diekstrak dari situ, sedangkan tiga wilayah berkenaan didakwa tidak memperoleh apa-apa.

Katanya, kekayaan sumber asli termasuk gas, minyak, emas dan hasil pertanian tidak dinikmati secara adil oleh ma­syarakat Pattani.

“Masalahnya adalah pe­ngagihan kekayaan yang tidak sama rata. Ia tidak adil. Orang Pattani dan masyarakat Pattani berada di pinggir pengagihan kekayaan,” ujarnya.

Beliau berkata, pada 1979, Kerajaan Thailand dan Malaysia mencapai persetujuan untuk berkongsi gas yang diekstrak dari Pattani dengan masing-masing menerima 50 peratus hasil.

“Tetapi apa yang orang Pattani dapat? Perjanjian itu (akan) tamat pada 2029. Pada hakikatnya, pengagihan kekayaan memerlukan persetujuan dan penyertaan daripada orang Pattani.

“Tetapi di bawah sistem tadbir urus Thailand, mengapa tanah dan rakyat kita menjadi yang paling miskin. Ke mana perginya semua kekayaan ini? Sumber asli kita, gas dan minyak kita, emas dan mineral kita,” soalnya.

Katanya, perjuangan BRN adalah bagi mengubah nasib rakyat serta membina masa depan yang lebih baik, makmur dan aman.

Dalam pada itu, Thailand masih memerlukan Malaysia sebagai fasilitator utama bagi menggerakkan semula Proses Dialog Damai Selatan Thailand termasuk membawa wakil Ke­rajaan Thailand dan BRN kembali ke meja rundingan.

Ketua Panel Dialog Da­mai Kerajaan Diraja Thailand (PEDP/RTG), Encik Thanut Suvarnananda berkata, rundingan antara kedua-dua pihak perlu terus diadakan di Kuala Lumpur dengan Malaysia berperanan memudah cara proses berkenaan.

Katanya, hubungan sejarah dan budaya merentasi sempadan menjadikan penglibatan Malaysia penting dalam usaha mencari penyelesaian terhadap konflik Selatan Thailand.

“Ya, Thailand mahu Malaysia kekal sebagai fasilitator utama yang akan memudahkan proses dialog damai ber­kenaan. Hubungan sejarah dan budaya merentasi sempadan menjadikan penglibatan Malaysia penting.

“Bagaimanapun, Indonesia mungkin boleh turut serta sebagai penyokong atau konduktor di meja rundingan kerana pengalaman negara itu sendiri,” katanya.

Encik Thanut Suvarnananda
Gambar Utusan Malaysia

Thanut berkata, Thailand masih menunggu pelantikan rasmi fasilitator baharu oleh Kerajaan Malaysia bagi menggantikan Datuk Mohd. ­Rabin Basir yang tamat tempoh per­khidmatan.

Katanya, rundingan akan datang memberi tumpuan kepada langkah mengurangkan keganasan, selain membuka jalan kepada kewujudan zon selamat di tiga wilayah ber­kenaan.

“Pengurangan pusat pe­meriksaan dan langkah kese­lamatan lain juga boleh dipertimbang di dalam zon selamat itu. Apa yang ada sekarang kadangkala mengganggu kehidupan seharian penduduk, terutama ketika perayaan.

“Bagaimanapun cadangan itu perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa Thailand termasuk tentera sebelum ia boleh dibawa ke meja rundingan,” ujarnya. 

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia