Kes Jamil Khir Baharom

Berita Harian melaporkan hari ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan aset bernilai lebih RM860.3 juta antara 2015 hingga 2017.

Jamil Khir, 65, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rosli Ahmad.

Mengikut pertuduhan, Jamil Khir didakwa menyebabkan TH melupuskan wang berjumlah RM860,308,770.51, bersamaan SAR766,062,237, kepada Al-Rawda Real Estate Development And Projects Management Co Ltd.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa menyebabkan TH melupuskan wang berjumlah RM42,942,074, bersamaan SAR44.17 juta.

Pertuduhan kedua membabitkan RM288,172,134.64, bersamaan SAR250,041,622, manakala pertuduhan ketiga membabitkan RM529,194,561.87, bersamaan SAR471,848,615.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabatnya di Bahagian Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri, di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kompleks Islam Putrajaya, masing-masing pada 3 April 2015, 14 Disember 2016 dan 17 Ogos 2017.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, peruntukan itu membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda.

Jamil Khir, yang juga bekas Ahli Parlimen Jerai, hadir di kandang tertuduh dengan memakai sut hitam.

Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan berhujah, walaupun pertuduhan berkenaan adalah kesalahan yang boleh dijamin, mahkamah perlu mengambil kira keseriusan kesalahan, skala kewangan dan risiko berkaitan kes itu ketika menetapkan jumlah jaminan.

Beliau berkata jumlah keseluruhan ketiga-tiga pertuduhan membabitkan kira-kira RM860 juta.

Sehubungan itu, katanya pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM1 juta dengan seorang penjamin warga Malaysia serta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Sementara itu, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Jamil Khir, memohon mahkamah menetapkan jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin.

Katanya, tujuan jaminan adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh dan pihak pendakwaan tidak mengemukakan bukti Jamil Khir berisiko gagal hadir pada prosiding akan datang atau perbicaraan.

Beliau berkata, Jamil Khir juga bersedia menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sebagai jaminan tambahan beliau akan hadir apabila diperlukan.

"Yang Arif, anak guam saya tidak mempunyai sumber pendapatan lain. Satu-satunya sumber pendapatan yang beliau ada ialah pencennya sebagai bekas menteri serta pencen sebagai bekas Mejar Jeneral tentera.

"Maka dalam keadaan ini, Yang Arif, jumlah RM300,000 dengan seorang penjamin, berserta pasport ditahan adalah mencukupi untuk menjamin kehadiran beliau ke mahkamah," katanya.

Hakim Rosli kemudian membenarkan Jamil Khir diikat jamin RM300,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin warga Malaysia.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan supaya pasport Jamil Khir disimpan di mahkamah.

Mahkamah menetapkan 5 November ini untuk sebutan semula kes.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia