Kecuali gelagat Zahid satu sandiwara dengan Anwar, BN perlu dipecat dengan segera
Portal berita terkenal melaporkan Setiausaha Agung DAP Encik Anthony Loke Siew Fook menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengadakan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) susulan kenyataan terbaru Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Portal FMT memetik Loke yang juga menteri pengangkutan sebagai berkata, pertemuan itu perlu diadakan bagi menangani kebimbangan berhubung kestabilan politik ketika parti komponen dalam kerajaan perpaduan dilihat mula mengikut haluan berbeza.
“Beberapa kenyataan yang dibuat dilihat tidak bagus untuk kepastian politik negara. Parti-parti komponen kerajaan seolah-olah tidak lagi sehaluan.
“Keadaan ini tidak akan beri keyakinan kepada pelabur mahupun rakyat,” FMT memetik Loke sebagai berkata pada satu majlis di Sungai Buloh hari ini.
Zahid sebelum ini menyindir Anwar secara berkias pada Perhimpunan Agung UMNO minggu lalu, termasuk mendakwa UMNO mampu mentadbir negara dengan lebih baik berbanding perdana menteri.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut mencabar pengkritik gabungan berkenaan supaya menyingkirkan UMNO dan BN daripada kerajaan perpaduan serta mengemukakan usul tidak percaya terhadap Anwar di Dewan Rakyat.
Menurut Zahid, walaupun UMNO dan BN bersetuju membentuk kerajaan perpaduan bersama PH atas nasihat Yang di-Pertuan Agong selepas PRU 2022, kerjasama itu bukan bermakna mereka menggadaikan masa depan parti.
Beliau turut menegaskan bahawa UMNO dan BN kekal bebas mencorakkan hala tuju politik sendiri, termasuk bagi menghadapi PRU akan datang dan PRN Melaka kelak.
Bagaimanapun, beliau mengulangi komitmen UMNO untuk terus kekal bersama pentadbiran sedia ada sehingga tamat penggal.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment