INTERPOL sedang mengesan Yusoff Rawther

Akhbar Berita Harian melaporkan Mahkamah Rayuan di Putrajaya, Malaysia, hari ini, diberitahu Polis Antarabangsa (INTERPOL) di United Kingdom (UK) sedang mengesan bekas pembantu penyelidik ahli politik, Encik Muhammed Yusoff Rawther bagi membolehkan pendakwaan menyerahkan notis rayuan kepadanya.

Rayuan itu difailkan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Jun tahun lalu yang melepas dan membebaskan Muhammed Yusoff tanpa dipanggil membela diri, daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, dua tahun lalu.

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Encik Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, pihaknya selaku perayu menghantar notis permintaan kepada INTERPOL di Manchester, UK pada 22 Julai lalu bagi mengesan Muhammed Yusoff (responden).

"Namun ada permintaan lanjut (daripada INTERPOL) mengenai butiran (berhubung responden) selepas itu, tetapi sehingga kini belum dapat disahkan keberadaan responden atau percubaan untuk menyerahkan notis kepada responden buat masa ini.

"Biro Pusat Kebangsaan (NCB) INTERPOL di Manchester sudah dimaklumkan dan sedang mengumpul maklumat berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Asnawi merujuk Seksyen 314 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) yang memperuntukkan keperluan penyerahan notis rayuan dan notis pendengaran secara peribadi kepada responden sebelum rayuan didengar.

Hujahnya, seksyen itu tidak terpakai dalam kes Muhammed Yusoff, dan ia berbeza dengan satu kes diputuskan mahkamah sebelum ini, di mana responden dalam kes itu melarikan diri daripada proses mahkamah ketika pendengaran rayuan di Mahkamah Rayuan.

Menurut peguam responden, anak guamnya bersedia untuk hadir tetapi melalui kaedah lain, iaitu aplikasi Zoom.

"Jadi, saya menghujahkan, Seksyen 314 KTJ ini belum diaktifkan kerana responden mahu hadir, cuma tidak secara fizikal," katanya.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Azman Abdullah yang mempengerusikan panel tiga hakim, berkata kehadiran fizikal diperlukan dalam kes jenayah bagi memastikan perintah dikeluarkan mahkamah dapat dilaksanakan.

"Itu masalahnya. Kalau untuk kes ini, kita beri keistimewaan, untuk kes lain macam mana pula?

"Oleh kerana ini membabitkan kes jenayah, mahkamah tidak mahu nanti keputusan kita yang memerlukan untuk menahan dan sebagainya dikeluarkan, (tetapi) tidak dapat dilaksanakan.

"Kes jenayah ini, kita perlukan kehadiran," katanya yang bersidang bersama Hakim Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan K Muniandy.

Azman menegaskan, ketika pandemik COVID-19 dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekalipun, prosiding jenayah tidak dijalankan tanpa kehadiran tertuduh.

Mohd Asnawi kemudian memaklumkan, pendakwaan akan meneruskan usaha untuk menyerahkan notis berkenaan kepada Muhammed Yusoff.

Sementara itu, peguam bela Encik Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Muhammed Yusoff berkata, pendirian pihaknya kekal dan bersetuju berhubung keperluan mematuhi Seksyen 314 KTJ.

Katanya, pembelaan menerima arahan tegas daripada anak guam supaya meneruskan pendengaran rayuan, seperti dinyatakan melalui surat bertarikh 2 Jun 2026 yang dihantar kepada Presiden Mahkamah Rayuan.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 4 November ini bagi pihak-pihak memaklumkan perkembangan lanjut usaha penyerahan notis.

Pada prosiding sebelum ini, Muhammad Rafique memaklumkan anak guamnya berada di UK sejak Jun tahun lalu, selepas memohon suaka hak asasi manusia.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

  1. Jika satu negara disebukkan dengan isu si anu dituduh menghisap pelir si anu, sampai bila rakyat marhain akan dapat pembelaan dan perhatian.....gila punya negara. Ada Raja yang baik menaungi pemerintahan negeri mau diturunkan...

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia