"Enak!" kata isteri pendakwah merangkap agamawan Indonesia
Menggunakan petikan ayat al Quran bagi mewajarkan kemewahannya
Di tengah-tengah kemiskinan dan kepahitan yang ditanggung majoriti rakyat Indonesia, seorang pendakwah merangkap agamawan menampilkan kehidupan extra-mewah yang luar biasa kehebatannya.
Portal hiburan Gempak semalam menyiarkan berita berkenaan yang sudah menjadi tular di negara itu.
Sekilas
Ustaz Riza Muhammad dari Indonesia tular selepas berkongsi bahawa dia mempunyai sehingga 30 pembantu rumah untuk memudahkan urusan isterinya, Indri Giana.
Riza menjelaskan prinsip memuliakan isteri berdasarkan surat An-Nisa ayat 19 dan memastikan rumahnya sentiasa bersih seperti hotel dengan bantuan pembantu rumah tersebut.
Selain mengurus rumah, pembantu rumah juga menjaga ibunya, kebun, kolam renang, dan memasak, manakala isteri hanya memberi komen ringkas "Enak" mengenai tanggungjawab suaminya.
Seorang pendakwah bebas Indonesia, Ustaz Riza Muhammad sempat menjadi tular apabila mengakui memiliki sehingga 30 orang pembantu rumah yang dikhaskan untuk memudahkan urusan isterinya, Indri Giana.
Dalam satu video pendek yang menjadi FYP di media sosial, Riza, 47, memberitahu dia menyediakan sehingga 30 pembantu rumah kerana memegang prinsip untuk memuliakan isterinya.
Akui Riza, dia juga berpegang pada surat An-Nisa ayat 19.
"Muliakan isterimu," kata Riza singkat, portal hiburan itu memetik laporan Kompas.
Lelaki itu kemudian menjelaskan dia memuliakan isteri yang telah ‘diambil’ daripada ibu dan bapa sebelum ini dan menjadi tanggungjawab buatnya memberi kebahagiaan kepada amanah yang diberikan.
"Dibawa dari ibu bapa, bahagia bersama ibu bapa, harusnya, idealnya lebih bahagia bersama suami. Jangan sampai bahagia dengan ibu bapa, kita bawa malah menderita. Itu prinsip yang tidak benar dalam pernikahan," ujarnya lagi.
Sementara itu menjawab apa sahaja tanggungjawab atau kerja yang dilakukan 30 pembantu rumah tersebut, Riza mengatakan dia memastikan setiap inci kediamannya perlu dibersihkan setiap hari.
“Permaidani perlu divakum setiap hari, bilik juga. Malah boleh saya katakan perlu lebih bersih daripada hotel,” akuinya.
Selain itu, dia menggunakan sehingga 30 pembantu rumah untuk menguruskan ibunya, membersihkan kolam renang, menjaga kebun sehingga tukang masak.
Mendapat semua kemewahan yang didambakan kebanyakan suri rumah, si isteri hanya mengulas pendek.
“Enak,” kata Indri mengenai sikap tanggungjawab suaminya.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Seharusnya kamu berdua perlu ingat....enak di dunia cuma sementara, justru perlu dipastikan agar di akhirat juga terus enak di syurga bukannya di bakar di neraka.....
ReplyDelete